Connect with us

Oh! Media

Upgrade Atau Hold? Galaxy S23 Ultra Kini Dengan Kamera Lebih Advance

Oh! Tech

Upgrade Atau Hold? Galaxy S23 Ultra Kini Dengan Kamera Lebih Advance

Akhir-akhir ni kami terlihat viral di media sosial pengguna S22 Ultra menunjukkan ‘kehebatan’ peranti itu apabila digunakan sewaktu menyaksikan konsert.

ADVERTISEMENT

Mana tidaknya, muka idola kesayangan dapat di zoom dengan jelas tanpa pecah walaupun duduk agak jauh. Kami baca juga komen, ada yang sanggup nak sewa S22 Ultra bila nak ke konsert. Pergh bukan biasa-biasa!

@thungphix Replying to @Nb🐰kim รู้สึกว่านิ่งขึ้นเยอะ ไม่ต้องพยายามมากเท่า กันสั้นดีขึ้น 2 เท่า มีระบบ tracking ด้วยที่จับการเคลื่อนไหวที่ข่วยให้นิ่งกว่าเดิม #GalaxyS23 #TeamGalaxy #SharetheEpic #SamsungUnpacked #ถ่ายไงได้งี้ #tiktokuni #2ndWorldTour_MANIACTH #StrayKids ♬ Mirror Mirror – F.HERO & MILLI

Tapi daripada korang sewa, apa kata korang sendiri upgrade phone korang kepada S23 Ultra!

Apa yang menarik dengan S23 Ultra?

Macam yang korang tahu, Samsung baru je melancarkan siri Galaxy S23 pada 2 Februari yang lalu. 

Kami telah diberikan peluang untuk mencuba sendiri S23 Ultra ni. Sebelum kami kongsikan lebih details mengenai flagship terbaru ni, sebagai pengguna Galaxy S22 Ultra terdapat beberapa perubahan yang kami dapat lihat pada peranti latest ni.

Pertama sekali, saiz kamera yang lebih besar. Walaupun Samsung mengatakan saiz Galaxy S23 Ultra adalah sama seperti S22 Ultra, terdapat sedikit kelainan pada kamera peranti terbaru ini yang ditambah baik bagi meningkatkan kualiti gambar dan kestabilan video.

Pada sekeliling kameranya juga terdapat seakan-akan ring yang membuatkan kamera ini kelihatan lebih timbul. 

Daripada segi reka bentuk pula, jika S22 Ultra mempunyai lengkungan pada bahagian bahagian tepi, S23 Ultra mempunyai lengkungan yang sedikit rata untuk genggaman yang lebih selesa.

Untuk pembungkusan tiada perbezaan ketara melainkan paparan kotak depan menunjukkan warna Galaxy S23 Ultra dengan design yang minimalis bersama S Pen.

Kamera 200MP dengan pengalaman Nightography menakjubkan!

Galaxy S23 Ultra boleh dikatakan sebagai telefon pintar yang dapat memberikan pengalaman premium kerana pengguna mempunyai lebih kebebasan untuk berkreativiti.

Kamera utamanya telah dipertingkat daripada 108MP kepada 200MP, gambar yang ditangkap menjadi sangat jelas dengan perincian yang tajam. Sampaikan kalau korang zoom pun, gambar yang dirakam tak pecah.

Kalau korang suka merakam video, pengalaman Nightography S23 Ultra sangat menakjubkan kerana menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) terkini. Video yang dirakam pada waktu malam jadi lebih terang dan stabil tanpa ‘noise’ yang ketara. Ini kalau rakam konsert dalam stadium gerenti puas hati!

Samsung S23 Ultra juga memperkenalkan  “Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy” dengan cip grafik mudah alih terpantas di dunia.

Korang boleh rasa sendiri pengalaman premium bila menggunakan telefon pintar dengan AI tercanggih atau ketika bermain permainan video. Memang berbezalah berbanding telefon biasa!

Macam yang semua tahu, S23 Ultra turut didatangkan bersama S Pen, bagi yang familiar dengan Galaxy Note korang mesti suka dengan pengalaman menggunakan S23 Ultra. Nak catat nota, buat sketch semua boleh! 

Jika tanya kami, berbaloi atau tidak untuk upgrade daripada S22 Ultra kepada S23 Ultra, jawapan mudahnya terpulang kepada bajet korang.

Tapi kalau korang merupakan pengguna siri Galaxy Note atau yang kali pertama ingin melompat kepada S23 Ultra, ia merupakan pilihan terbaik kerana spesifikasi, kamera dan designnya berada di ‘kelas’ yang tersendiri.

Pra-tempahan bagi siri Galaxy S23 akan tamat pada 23 Februari ni, tempah sekarang untuk miliki telefon pintar yang hangat diperkatakan di pasaran sekarang!

Website untuk pre-order : https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-preorder-2023/

Galaxy S23 Ultra: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s23-ultra/buy/

Galaxy S23+ | Samsung Galaxy S23: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s23/buy/

Tunggu next artikel kami untuk pengalaman menggunakan Galaxy S23 Ultra.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas