Oh! Geekz
[UNBOXING] Samsung Galaxy Z Flip5, Transformasi Cover Skrin Jadi Perhatian
Oleh
Sejak Samsung memperkenalkan teknologi telefon pintar boleh lipat di pasaran kira-kira 3 tahun yang lalu, menerusi siri Galaxy Z. Sedar tak sedar, rupanya sekarang ni dah masuk siri ke 5 tau.
Memandangkan ramai yang dah mula dapat siri Z yang di pra tempah 2 minggu lalu. Ohmedia pun tak nak ketinggalan untuk kongsi pengalaman kami unboxing siri Galaxy Z Flip5.
Bagi kami secara peribadi siri kali ini Z Flip5 melakukan satu transformasi yang sangat ketara terutamanya pada bahagian cover screennya.
Kalau korang menyaksikan Galaxy Unpacked bulan lalu, rasanya korang dah tau yang Samsung telah upgrade cover skrin bagi Galaxy Z Flip5 kepada 3.4 inci berbanding 1.9 inci sebelumnya.
Kali pertama semasa kami diberikan peluang untuk mencuba sendiri Z Flip 5 ni, cover skrinnya yang pertama sekali menarik perhatian kami kerana boleh run macam-macam widget daripada screen yang lebih luas. Bukan setakat balas Whatsapp, malah siap boleh tengok Netflix dan YouTube.
Pada kami, sejujurnya ini memang wow!
Sebelum pergi lebih jauh, kita berbalik kepada topik asal untuk memfokuskan kepada unboxing dalam artikel kali.
Unboxing Samsung Galaxy Z Flip5
Untuk pengetahuan korang, sejak tahun 2020 Samsung telah mula menggantikan pembungkusan barangan siapnya menggunakan kertas kitar semula.
Malah mereka juga merancang untuk menukar semua bahan pembungkusan plastik kepada bahan kitar semula atau bio bagi menjaga alam sekitar buat jangka waktu yang panjang.
Sejak beberapa siri yang lalu juga, Samsung telah mengikut jejak langkah Apple dengan tidak menyediakan kepala pengecas. Jadi bila buka je kotak, korang akan dapat Z Flip5 mengikut warna idaman, wayar pengecas, pin dan juga kertas arahan.
Walaupun sekarang ni banyak jenama yang dah mula memperkenalkan telefon pintar boleh lipat sendiri, dan menjadi pesaing Samsung.
Tapi nampak gayanya Samsung tidak diam sahaja, di mana lebih banyak peningkatan diberikan kepada peranti keluaran mereka.
Engsel Katup Penuh & Tahan Hentakan
Selain cover skrin yang lebih besar, Samsung telah menaik taraf engsel untuk Z Flip5 kepada dual rail bagi membolehkannya tertutup penuh tanpa jurang (berbanding siri sebelum ini).
Samsung juga mengatakan engsel ini membantu Z Flip5 untuk tahan lebih lama, kerana lebih sedikit komponen yang bergerak dan struktur engselnya juga membantu meningkatkan penyerapan hentakan.
So, boleh kata telefon akan jadi lebih secure walaupun korang suka buka-tutup.
Untuk paparan utamanya pula masih 6.7 inci. Lipatannya masih boleh dilihat, tapi rasalah lebih rata sentuhannya berbanding Z Flip 4.
Seperti Z Flip4, siri kali ini turut mendapat penarafan perlindungan IPX8, di mana ia kalis air tetapi tak tahan habuk.
Untuk kamera pula, Galaxy Z Flip 5 sebahagian besarnya sama seperti model tahun lepas, kecuali ia mempunyai salutan baru yang dikatakan dapat membantu mengurangkan suar lensa.
Z Flip 5 mempunyai kamera lebar dan ultra lebar 12 megapiksel, dan kamera swafoto 10 megapiksel dan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 untuk Galaxy.
Flex Gaya Baru Dengan Galaxy Z Flip5
Pra-tempah bagi siri Galaxy Z akan berakhir 17 Ogos ini. Pada yang nak memiliki Galaxy Z Flip5, ia dijual pada harga bermula RM4,499 (256GB). (KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN)
Nak rasai pengalaman menggunakan siri Galaxy Z terbaru? Korang boleh ke Bukit Bintang di mana Samsung telah ‘menawan’ kawasan tersebut menjadi Flip Town.
@ohmedia Flip Town Experiential Zone @ Bukit Bintang. #bts #army #armymalaysia #suga #jimin #GalaxyZFlip5 #GalaxyZFold5 #JoinTheFlipSide #MYFlipTown @Samsung Malaysia ♬ original sound – Oh! Media
Info lanjut layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/
Stay tuned untuk artikel seterusnya, kami nak kongsi pengalaman peribadi menggunakan Galaxy Z Flip5.
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.