Connect with us

Oh! Media

U Mobile Nak Jual Menara Telekomunasi Mereka Pada Pihak Lain?

Menara telekomunikasi

Oh! Tech

U Mobile Nak Jual Menara Telekomunasi Mereka Pada Pihak Lain?

U Mobile yang merupakan salah satu syarikat telekomunikasi di Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menjual menara telekomunikasi milik mereka. Dah kenapa tu?

ADVERTISEMENT

BACA : U Mobile Tawar Jalur Lebar Berkelajuan Sehingga 1Gbps

Menurut laporan TheStar, terdapat beberapa pihak dan salah satunya adalah Edotco yang dalam perbincangan ingin membelinya pada harga sekitar RM500 juta. 

Walaubagaimanapun, masih belum diketahui apakah agenda U Mobile untuk menjual menara telekomunikasi milik mereka. Lagipun, perkara ini masih dalam peringkat awal dan berkemungkinan yang ianya tidak akan terjadi.

Untuk pengetahuan, U Mobile telah mempunyai lebih dari 7 juta pelanggan dan memiliki lebih 1,600 menara telekomunikasi di Malaysia.

U Mobile umum yang mereka kini menawarkan jalur lebar berkelajuan sehingga 1Gbps dengan kerjasama Allo Technology yang merupakan anak syarikat kepada Tenaga Nasional. Pergh! Memang terbaik.


Ultra Unlimited Home Broadband ini hanya dibuka terhad kepada pengguna yang sedia ada di sekitar Cyberjaya, Melaka, Perak dan Kedah sahaja dan akan memperluaskan lagi pada masa akan datang.

Kredit: TheStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas