Connect with us

Oh! Media

U Mobile Tawar Jalur Lebar Berkelajuan Sehingga 1Gbps

U Mobile

Oh! Tech

U Mobile Tawar Jalur Lebar Berkelajuan Sehingga 1Gbps

U Mobile umum yang mereka kini menawarkan jalur lebar berkelajuan sehingga 1Gbps dengan kerjasama Allo Technology yang merupakan anak syarikat kepada Tenaga Nasional. Pergh! Memang terbaik.

ADVERTISEMENT

BACA : U Mobile Prepaid GX30 & GX38 Beri Tawaran Menarik Dengan Harga Tak Masuk Akal!

Di peringkat permulaan, Ultra Unlimited Home Broadband ini hanya dibuka terhad kepada pengguna yang sedia ada di sekitar Cyberjaya, Melaka, Perak dan Kedah sahaja.

Mereka juga memberitahu akan membuka penawaran ini kepada bukan pengguna bukan sedia ada dan memperluaskannya lagi ke lokasi-lokasi lain pada masa akan datang. 

Terdapat 3 pilihan penawaran bagi Ultra Unlimited Home Broadband mengikut kelajuan yang bermula pada harga RM129 untuk 100Mbps, RM199 untuk 500Mbps dan RM299 untuk 1Gbps dengan kontrak 2 tahun.

Pelanggan akan dapat akses percuma bagi bulan pertama dan sesiapa yang bertuah juga akan dipilih untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50 peratus selama dua tahun bagi pengenalan penawaran ini.

Apa pandangan korang? Untunglah bagi sesiapa yang memang pengguna U Mobile dan berada di lokasi tersedia itu. 

Kredit: U Mobile | Soya Cincau

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas