Connect with us

Oh! Media

Tune Talk Tawar Pelan Jimat Dengan Harga RM20 Je Sebulan

megat thumbnail om article 713 × 401px   1

Oh! Geekz

Tune Talk Tawar Pelan Jimat Dengan Harga RM20 Je Sebulan

Rasa-rasa servis telko apa yang berbaloi untuk kita pakai sekarang ni? Tahu tak ada satu Telko ni iaitu Tune Talk ada pelan baru dengan harga RM20 jer sebulan sempena promosi pengenalan. Murah betul!

Walau bagaimanapun, pelan baru yang dinamakan sebagai Molek 25 itu khusus hanya untuk pengguna di Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu saja. Untunglah orang-orang sana!

Dengan harga sebenar iaitu RM25 sebulan, korang boleh dapatkan akses data dengan had sebanyak 30GB pada kelajuan 3Mbps.

IKLAN

Bukan tu jer, pelan ini juga didatangkan sekali dengan panggilan tanpa had ke semua talian, pengunaan WhatsApp dan WeChat tanpa had.

Orang-orang pantai timur yang berminat dan ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai pelan Molek 25 ini boleh pergi ke laman web rasmi mereka.

Kredit: Tune Talk

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas