Branded
Suasana Confirm Riuh, Janna Nick Jadi Store Manager Selama Sehari! Silap-Silap Sale Melambung!
Oleh
Dah masuk tahun baru 2025, mestilah semuanya kena baru betul tak? Azam baru, tabiat baru, barangan baru, peranti baru. Eh, alang-alang cakap pasal peranti baru, tahu tak OPPO dah keluarkan siri terbaru iaitu OPPO Reno13?
Memandangkan pelancaran telefon pintar AI penetapan arah aliran OPPO, Siri Reno13, baru saja berlaku pada minggu ini, OPPO tak sabar nak umumkan bahawa mereka akan melancarkan acara jualan beserta perkongsian pengalaman pertama mereka tau.
Berlangsung pada 11 Januari 2025 di Kedai Jenama OPPO terpilih di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak, acara ini menjanjikan tawaran hebat dan peluang untuk bertemu tetamu istimewa! Kalau nak tahu, meh sini meh kami kongsikan.
4 Selebriti & Pempengaruh Tak Sabar Nak Kongsi Pengalaman Guna Siri OPPO Reno13!
Biasalah, sebelum kita beli sesuatu barang, mesti kita akan tengok review dalam talian daripada orang yang telah menggunakan barangan tersebut betul tak?
Daripada korang bersusah payah cari review, apa kata korang datang saja ke Kedai Jenama OPPO, sebab ada 4 selebriti dan pempengaruh terkenal akan berkongsi pengalaman mereka menggunakan siri OPPO Reno13 secara langsung. Review macam ini yang kita mahu!
Tapi, hanya untuk Kedai Jenama OPPO yang terpilih saja tau! Kalau korang nak tahu lebih lanjut, baik korang take note apa yang kami nak kongsikan!
Siapa yang berada di Lembah Klang, jangan lupa serbu Kedai Jenama OPPO, IOI City Mall, Kuala Lumpur sebab Janna Nick yang akan berada di lokasi untuk bagi review jujur tentang pengalamannya menggunakan siri OPPO Reno13. Rugi kalau korang tak pergi!
Ala, asyik Lembah Klang je, tak ada buat dekat tempat lain ke?
Siapa kata tak ada! Warga Johor, pastikan korang datang awal ke Sutera Mall, Johor, sebab kami yakin mesti ramai akan berada di lokasi untuk dengar review daripada pencipta kandungan dan pempengaruh terkenal dalam bidang teknologi, Ke En!
Nak tips macam mana tangkap gambar yang Instagrammable? OPPO got your back! Jangan lupa datang ke Queensbay Mall, Penang, sebab Julene Khor bukan saja akan kongsi pengalaman dengan siri OPPO Reno13, malah banyak tips akan turut dikongsikan tau!
Akhir sekali, orang Sarawak, tipu kalau korang tak kenal DBstory yang cukup terkenal dengan kandungan lawak jenaka berkaitan budaya Sarawak. Haa, DBstory akan berada di Vivacity Mall, Sarawak, bukan untuk melawak, tapi nak bagi review jujur siri OPPO Reno13!
Psst, acara ini hanya akan berlangsung selama sehari saja iaitu pada 11 Januari 2025 tau! Jadi, tanda kalendar korang dan jangan lupa meriahkan Kedai Jenama OPPO terpilih ini sebab ada banyak aktiviti menarik boleh disertai seperti:
Sesi Perkongsian: selain berkongsi pengalaman menggunakan siri OPPO Reno13, terdapat juga sesi Soal Jawab, di mana korang berpeluang menang baucar makanan
Dinding Ucapan Tahun Baru: tulis ucapan Tahun Baru pada dinding khas yang disediakan dan berpeluang menerima baucar makanan, hanya dengan merakam detik dinamik, seperti kaligrafi atau pose perayaan, menggunakan ciri AI LivePhoto Siri Reno13
Pengalaman Ekspresi Tahun Baru: mimik gaya ekspresi muka berdasarkan kad ekspresi yang akan dibimbing oleh pempengaruh menggunakan ciri AI Siri Reno13.
Anugerah Foto Terbaik: tiga peserta teratas dengan foto terbaik akan membawa pulang hadiah Tahun Baru eksklusif
Fuhh, banyaknya aktiviti menarik! Jadi, jangan lepaskan peluang dan serbu Kedai Jenama OPPO terpilih pada 11 Januari 2025 ini tau!
Kaki Selam Confirm Tergamam! Siri OPPO Reno13 Mampu Bertahan Dalam Air!
Sebelum korang serbu Kedai Jenama OPPO untuk tahu lebih lanjut tentang pengalaman selebriti dan pempengaruh menggunakan siri OPPO Reno13, kami nak kongsi sedikit sebanyak tentang spesifikasi siri peranti ini. Spoiler alert, siri ini mampu ikut selam sekali tau!
Ciri AI Livephoto Dipertingkatkan
Kalau korang nak tahu, siri OPPO Reno13 ini didatangkan dengan standard baru untuk ciri AI Livephoto, yang mana ia berdaya untuk merakam setiap detik dengan kualiti video ultra-jelas 2K, dan kestabilan dipertingkatkan melalui EIS, serta pengoptimuman AI lanjutan. Bestnya!
Lagi best, ia akan merekod 1.5 saat sebelum dan selepas setiap tangkapan, memberikan hasil yang lebih lancar dan stabil walaupun dalam senario dinamik tau. Jadi, korang memang tak akan terlepas satu momen penting pun!
Bukan itu saja, korang juga dapat memperhalusi lagi foto langsung dengan menggunakan ciri seperti AI-enhanced cover frames, watermark tersuai, penukaran GIF dan alatan penyuntingan lanjutan seperti crop, rotation dan filter.
Paling penting, resolusi gambar dan video korang tak akan pecah apabila berkongsi di platform pihak ketiga seperti Instagram sebab siri OPPO Reno13 menjamin ketepatan dan kejelasan warna. Nak kongsi dengan iPhone pun boleh, dengan menggunakan O+ Connect!
Menerusi O+ Connect, dengan hanya satu sentuhan saja, korang kini boleh “airdrop” foto atau video kepada rakan iPhone! Tiada lagi halangan antara pengguna android dan IOS lepas ni!
Gambar Pasti On Point Dengan Editor AI
Kalau tanya, apa yang membuatkan OPPO menjadi peranti yang unik dan berbeza berbanding peranti lain di pasaran adalah OPPO sentiasa up-to-date dengan teknologi terkini.
Buktinya, menerusi siri OPPO Reno13, ia menggunakan teknologi model besar, AIGC untuk mengubah tangkapan biasa, menjadi luar biasa dan berkualiti tinggi tau. Antara ciri AI yang korang boleh gunakan adalah seperti:
AI Clarity Enhancer: ciri ini dapat memastikan gambar yang ditangkap kekal jelas dan tajam, walaupaun ia ditangkap secara rawak atau gambar dizum dan dipotong
AI Unblur: ucapkan selamat tinggal pada hasil tangkapan yang kabur lagi-lagi pada objek bergerak sebab dengan AI Unblur, ia dapat memperhalusi butiran seperti ekspresi muka, tekstur kulit serta rambut yang bergerak, menjadi gambar yang kabur itu jelas lagi tajam
AI Reflection Remover: ciri ini berupaya untuk buang pantulan pada mana-mana tingkap dengan hanya satu klik, supaya gambar kekal cantik tanpa sebarang gangguan refleksi
Baguskan ciri AI yang ada pada siri OPPO Reno13 ni? Lepas ni hasil gambar korang confirm meletop seperti ditangkap menggunakan kamera profesional!
Tukar Gambar Jadi Video Dengan AI Motion
Macam yang korang tahu, peranti seperti iPhone mempunyai ciri Live Photo di mana korang boleh tukarkan gambar kepada video betul tak? Haa, kini mereka ada pesaing rapat tau!
Bukan setakat dapat menghasilkan gambar yang menarik dan butiran yang jelas, kini OPPO juga boleh tukarkan statik gambar menjadi video tau! Jenama sebelah pasti nervous kan?
Untuk pengetahuan, dengan ciri AI Motion yang ada pada siri OPPO Reno13, ia boleh menjana video 1080p untuk 3 saat daripada imej statik, sesuai untuk perkongsian di media sosial atau wallpaper telefon korang. Macam ini baru ngam!
Tampil Lebih Elegan Dengan Rekaan Butterfly Shadow
Dari segi rekaan pula, kami sangat menggemari rekaan siri OPPO Reno13, sebab ia direka dengan falsafah “breakthrough and integration”, yang menggabungkan reka bentuk elegan dan ketukangan ketepatan.
Dengan rekaan Butterfly Shadow seperti Plume Purple, peranti siri ini akan kelihatan hidup dengan gabungan dinamik kemasan matte dan berkilat, dicapai melalui tulisan laser lanjutan untuk kesan cahaya dan bayang yang menawan.
Bukan itu saja, kami cukup tertarik dengan rekaan One-Piece Glass Back, sebab ia dihasilkan daripada kaca yang berukir untuk membezakan tekstur berkilat dan matte, dengan kemasan halus seperti permata, dengan 65 langkah rumit memastikan kualiti yang luar biasa.
Selain itu, peranti siri ini turut direka dengan bingkai aluminium aerospace-grade yang dapat meningkatkan ketahanan dan memberikan tekstur sejuk dan tahan gelincir, serta memastikan keselesaan dan perlindungan semasa penggunaan harian.
Daripada tekstur yang berkilauan hingga ketahanan yang teguh, memang tak dinafikan siri OPPO Reno13 ini bukan sekadar cantik di luar, malah mempunyai fungsi yang baik!
Ciri IP69 Water Resistance Membolehkan Pengguna Selam Sambil Rakam
Akhir sekali, ciri yang paling dinantikan terutama buat mereka yang gemar dengan aktiviti menyelam, siri OPPO Reno13 kini membolehkan korang merakam momen dalam air dengan mudah, menerusi ciri IP69 Water Resistance. Fuh, jimat poket daripada beli kamera mahal!
Menariknya, siri ini merupakan antara yang terawal dalam industri yang menawarkan mod fotografi bawah air tanpa perlu peralatan tambahan tau! Tahniah OPPO!
Paling best, walaupun korang rakam dalam air tak kisah lah tasik ataupun kolam renang, Mod Bawah Air dalam peranti siri ini dapat menyesuaikan fokus tanpa masalah, siap dapat berikan warna dan kontras untuk visual yang lebih jelas, tanpa mengira kejernihan air atau pencahayaan.
Namun, mod fotografi bawah air dan peranti hanya boleh menyelam sedalam 2 meter / air tawar dan tidak boleh lebih daripada 30 minit tau. Jadi, korang kena take note sebelum rakam momen bahagia dalam air okay?
Jom Cipta Lebih Banyak Kenangan Pada Tahun 2025 Dengan Siri OPPO Reno13
Dengan semua ciri yang kami dah nyatakan ini, jadi korang tunggu apa lagi? Jomlah cipta lebih banyak kenangan bermakna pada tahun 2025 dengan siri OPPO Reno13!
Jangan lupa juga untuk serbu Kedai Jenama OPPO terpilih pada 11 Januari 2025 untuk ketahui lebih lanjut pengalaman daripada selebriti dan pempengaruh yang telah menggunakan siri peranti ini.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.