Connect with us

Oh! Media

Samsung Malaysia Bawa Masuk Galaxy M33 5G Pada Harga RM1,499, Ini Spesifikasi Yang Ditawarkan

Oh! Tech

Samsung Malaysia Bawa Masuk Galaxy M33 5G Pada Harga RM1,499, Ini Spesifikasi Yang Ditawarkan

Samsung yang merupakan sebuab jenama telefon pintar terkenal telah membawa masuk model Galaxy M33 5G ke pasaran Malaysia. Apa yang menariknya pasal model ini? Meh kami share..

ADVERTISEMENT

BACA : Motorola G51 Masuk Malaysia, Ini Spesifikasi Yang Ditawarkan Pada Harga RM899

Samsung Galaxy M33 5G ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.6inchi Full HD+ yang menyokong sehingga 120Hz refresh rate. Ia hadir dengan cip pemprosesan Exynos 1280.

Untuk memori, telefon pintar ini didatangkan dengan RAM sebesar 8GB dan storan dalaman sebesar 128GB yang boleh dibesarkan lagi menggunakan MicroSD.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan 50 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultra lebar + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera depan pula hadir dengan 8 megapixel.

Bateri telefon pintar ini berkapasiti 5,000mAh yang menyokong 25w pengecasan pantas menggunakan USB Type-C. 

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan Samsung Galaxy M33 5G ini pada harga RM1,499 gais. Apa pandangan korang?

Kredit: SoyaCincau

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas