Connect with us

Oh! Media

Motorola G51 Masuk Malaysia, Ini Spesifikasi Yang Ditawarkan Pada Harga RM899

Oh! Tech

Motorola G51 Masuk Malaysia, Ini Spesifikasi Yang Ditawarkan Pada Harga RM899

Korang pernah dengar jenama telefon pintar Motorola? Siapa tak kenal memang dia tak ‘legend’ sebab Motorola ni merupakan salah satu telefon pintar yang sangat popular suatu ketika dulu.

ADVERTISEMENT

BACA : Motorola Bakal Keluarkan Telefon Pintar Dengan Kamera 200MP?

Walaupun dah lama menyepi, Motorola telahpun membawa masuk model G51 ke pasaran Malaysia tau. Menariknya, telefon pintar ini menyokong rangkaian 5G tau.

Untuk spesifikasi, ia didatangkan dengan skrin sebesar 6.8inci yang mampu mencapai sehingga 120Hz refresh rate.

Motorola G51 ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 480. Untuk memori pula, ia hadir dengan RAM sebesar 4GB dan storan dalaman sebesar 128GB.

Untuk kamera utama, telefon pintar dari Motorola ini dilengkapi dengan 50 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultra-lebar + 2 megapixel makro. Untuk kamera depan pula didatangkan dengan 13 megapixel.

Baterinya pula berkapasiti 5,0000mAh yang menyokong 50w pengecasan pantas menggunakan USB Type-C.

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh membuat pra-tempahan di Shopee ataupun Lazada pada harga RM899. Korang rasa berbaloi tak? 

Kredit: Motorola Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas