Connect with us

Oh! Media

Review Samsung Galaxy Z Flip3 5G, Standard Baru Untuk Telefon Lipat

Review Samsung Flip3 Oh!Media

Oh! Tech

Review Samsung Galaxy Z Flip3 5G, Standard Baru Untuk Telefon Lipat

Pada awal pengenalan telefon boleh lipat generasi baru Samsung, ramai yang tidak meyangka inovasi ini bakal membuka lembaran baru dalam dunia telefon pintar.

ADVERTISEMENT

Menerusi pelancaran 2 model terbaru Fold3 5G dan Flip3 5G yang merupakan generasi ketiga Siri Galaxy Z, Samsung membuktikan tiada apa yang mustahil dengan teknologi.

Oh! Media bertuah diberikan kesempatan untuk mencuba sendiri model Z Flip3 5G. Jadi hari ini kami nak kongsikan pengalaman kami menggunakannya.

‘BACA’: 5 Ciri Menarik Pada Samsung Galaxy Z Flip3 5G

80 peratus lebih tahan lasak

Galaxy Z Flip3 5G

Tak sah rasanya kalau tak membuat perbandingan diantara Galaxy Z Flip3 5G dengan keluaran sebelumnya.

Mengambil kira maklum balas daripada model Z Flip dan Z Flip 5G, Samsung melakukan penambahbaikan ketara kepada Z Flip3 terutama dari segi ketahanannya, dengan 80% lebih tahan lasak.

Untuk skrin luarnya pula, Samsung menggunakan Gorilla Glass Victus 1.9 inci (cover screen) dan rangka kelilingnya dilindungi dengan Armor Aluminium. Bila dah bergabung keduanya, Z Flip3 ni terbukti lebih tahan lasak dan tak mudah calar. 

Satu lagi penambahbaikan yang membuatkan kami gembira ialah fungsi kalis air IPX8, berbanding generasi Flip sebelumnya. 

Kami merasakan fungsi kali air merupakan faktor wow yang menarik perhatian, kerana bagi kami ini merupakan standard asas kepada sebuah telefon pintar yang berkualiti.

Untuk memberikan kepuasan penuh kepada pengguna, Samsung turut menambahbaik audio Z Flip3 5G kepada Stereo Speakers dan Dolby Atmos. Nak dengar lagu atau tengok movie memang layanlah.

Skrin utama 6.7 inci & kadar segar semula 120Hz

Skrin utama Z Flip3 (tanpa lipatan) adalah berukuran 6.7 inci SUPER OMELAD dengan resolusi 2640×1080. Kadar segar semulanya ialah 120Hz yang boleh diturunkan mengikut kesesuaian penggunaan korang.

Ramai yang bertanya, lipatan tu tak menjejaskan ke? Bagi kami, selepas menggunakannya untuk beberapa ketika lipatan itu langsung tidak memberikan sebarang masalah. 

Korang masih lagi boleh rasakan lekukan pada skrin, namun ia bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan untuk telefon lipat.

Z Flip3 turut menjalani ujian lipatan yang disahkan oleh Bureau Veritas dan terbukti mampu menahan lipatan sebanyak 200,000 kali. Ini menjadikanya mampu bertahan sehingga lima tahun dengan purata 109 lipatan setiap hari.

Skrin utama turut dilengkapi dengan filem pelindung baru yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) boleh regang dengan lapisan panel paparan yang optimum, menjadikan skrin utamanya lebih tahan lama berbanding generasi sebelumnya. 

Notifikasi pada skrin hadapan Flip3

Selain skrin utama, satu lagi yang menarik perhatian kami ialah cover skrin di bahagian hadapan. Dengan ukuran 1.9 inci (4 kali ganda lebih besar daripada sebelumnya), korang boleh menikmati fungsi widget dan melihat pesanan tanpa perlu membuka telefon.

Skrin hadapan Flip3

Paling menarik, widget paparan utama juga boleh ditukar kepada gambar dan video berbentuk gif mengikut gaya dan citarasa korang.

Design yang minimalis untuk yang sukakan gaya

Reka bentuk Galaxy Z Flip3 yang minimalis

Bagi kami secara peribadi , Flip3 ni sangat sesuai untuk mereka yang suka bergaya dan minimalis.

Bayangkan memiliki telefon lipat yang muat dimasukkan ke dalam poket seluar dan tak perlu bimbang dengan sebarang kesan calar. Cool kan?

Hadir dengan 4 warna asas lavendar, cream, green, phantom dan 3 warna eksklusif pink, grey dan white. Ke mana korang pergi dengan Flip3, pasti akan menjadi perhatian.

Boleh selfie walaupun telefon dilipat

Kamera utama Flip3 12MP

Dah namanya telefon pintar, mestilah kamera pun kena pintar. Flip3 mempunyai dua lensa kamera utama 12MP (f/1.8) wide shooter angle dan 12MP (f/2.2) ultrawide. Kamera selfienya pula 10MP dengan f/2.4 aperture.

Selfie dengan Flip3 5G

Nak swafoto gaya baru? Kali ni, dengan telefon berlipat pon korang masih boleh selfie melalui paparan di skrin hadapan. Hanya perlu tekan butang kuasa dua kali dan korang terus dibawa ke mod kamera.

Spesifikasi & bateri yang memuaskan 

Dari segi spesifikasi dan bateri tidak banyak pembaharuan daripada generasi sebelumnya. Flip3 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 888 dan 8GB RAM. 

Manakala baterinya pula 3,300 mAh dengan pengecasan pantas 15W. Dalam masa satu jam 15 minit, bateri telefon akan dicas penuh.

Lebih kebebasan dengan FLEX mode

Fungsi FLEX Mod

Mahukan lebih kelainan dan bereksperimentasi dengan teknologi? Z Flip3 sememangnya pilihan terbaik untuk korang. Fungsi FLEX mod menyaksikan kemampuan split screen yang menyokong paparan 2 aplikasi serentak di skrin.

Bagi korang yang multitask, fungsi ini sememangnya menyeronokkan, Antara yang korang boleh lakukan ialah menonton YouTube dan pada masa yang sama memeriksa email. Hanya perlu hidupkan fungsi Flex Mode Panel di bahagian tetapan untuk menikmati fungsi ini.

Pelbagai pilihan Flip3 mengikut gaya

Dijual pada harga bermula RM3,999 (128GB), Samsung Galaxy Z Flip3 5G merupakan tawaran yang korang tak boleh lepaskan!

Mula membuka pra tempah kedua bermula 22 September sehingga 31 Oktober, sambutan menggalakkan pada pra tempah pertama menjadi bukti bahawa Siri Galaxy Z kali ini berjaya menarik perhatian ramai menerusi penambahbaikan yang dilakukan.

Pengguna yang membeli Z Flip3 5G semasa tempoh promosi akan menerima baucar RM350 dan pelan setahun Samsung Care+ bernilai RM699.

Galaxy Z Flip3 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/buy/

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z, layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z/

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas