Connect with us

Oh! Media

5 Ciri Menarik Pada Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Oh! Tech

5 Ciri Menarik Pada Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Percaturan Samsung memperkenalkan peranti boleh lipat sememangnya satu strategi yang berani dan kini ia mula membuahkan hasil apabila berjaya meraih pengikutnya yang tersendiri.

ADVERTISEMENT

Lihat sajalah bagaimana pra tempah pertama siri Galaxy Z berjaya ‘sold out’ di Malaysia. Adakah ini menandakan era telefon lipat bakal kembali?

Minggu lalu, Oh! Media ada kongsikan tentang pandang pertama Galaxy Z Flip3 5G.

BACA: Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip3 5G. Ini Apa Yang Buat Kami Jatuh Cinta…

Kali ni, kami nak tunjukkan pula ciri paling menonjol pada Galaxy Z Flip3 5G yang pastinya lebih mesra ‘poket’ (mampu milik).

1. Skrin hadapan 1.9 inci

 Samsung Galaxy Z Flip3 5G skrin 1.9 inci

Sebelum ni, skrin hadapan Z Flip hanya berukuran 1.1 inci. Kali ini, bagi memberikan lebih kepuasan kepada pengguna Galaxy Z Flip3 hadir dengan skrin hadapan yang lebih luas menggunakan paparan Super OMELAD 1.9 inci (512 x 260), 303 ppi.

Paling best, terdapat juga ciri sokongan untuk paparan mesej dan widget pada skrin hadapan.

2. IPX8

Buat kali pertama untuk peranti boleh lipat Samsung, siri Galaxy Z dilengkapi teknologi IPX8 yang menjadikannya kalis air. Jadi lepas ni tak perlu lagi bimbang kalau korang terperangkap dalam hujan atau air minuman tertumpah pada telefon pintar Flip3 korang.

3. Kadar segar semula 120Hz

IPX8 Flip3 Kalis air dan debu

Seperti kebanyakkan telefon pintar flagship Samsung yang lain, Flip3 turut mempunyai kadar segar semula sehingga 120Hz. Nak menatal telefon jadi lebih lancar dan tak wujud langsung masalah lagging.

4. Tahan 200 ribu kali lipatan

Flip3 tahan 200,000 lipatan

Z Flip3 telah pun menjalani ujian lipatan yang disahkan oleh Bureau Veritas dan ia mampu menahan 200,000 kali lipatan dengan purata 109 lipatan setiap hari untuk jangka masa 5 tahun. Wow!

5. Free stop angle

Free stop angle Galaxy Z Flip3 5G

Satu lagi pembaharuan yang diberikan kepada Flip3 ni ialah revolusi Hideaway Hinge. Teknologi ini membolehkan Flip3 untuk mengekalkan kedudukan pada sebarang sudut tanpa tertutup sendiri.

Pada korang yang berminat dengan Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini, pra pesanan kedua akan bermula pada Rabu, 22 September 2021.

Pra tempah kali ini Samsung turut menawarkan promosi seperti sebelumnya, di mana korang akan menerima e-baucar RM350 serta jaminan Samsung Care+ 1 tahun yang bernilai sehingga RM 699.

Malah terdapat juga tawaran diskaun sehingga 30% untuk aksesori terpilih dan pembelian khusus.

Dijual bermula RM3,999 untuk 128GB, jadilah yang paling bergaya dengan Samsung Galaxy Z Flip3 hari ini. Untuk tempahan layari, https://www.samsung.com/…/smartp…/galaxy-z-flip3-5g/buy/.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas