Connect with us

Oh! Media

Oh! Tech

(REVIEW) Atas Angin, Dalam Air. Semua Samsung Tapau! Rasai Pengalaman Peranti A54 5G, Kalis Air & Kamera Anti-Gegar!

“Fungsi kamera dengan gambar yang cantik atau bateri tahan lama? Urghh, susahnya nak pilih!”

Bila nak beli telefon baru, mesti korang akan check spesifikasimacam reka bentuk telefon, kualiti kamera dan ketahanan bateri, betul tak?  Kadang-kadang sampai terpaksa pilih salah satu fungsi yang terbaik sebab tak mampu nak beli yang mahal! Hmm…

Haa, jangan risau! Samsung kembali lagi dengan keluaran telefon pintar pertengahan (mid range) mereka iaitu Siri A Galaxy A54 5G. Memang sangat sesuai bagi sesiapa yang nak gunakan peranti ini sewaktu bekerja atau melakukan aktiviti di luar rumah. So, korang yang tengah survey nak beli telefon baru sebelum raya ni. Wajib baca review penulis sampai habis!

IKLAN

Kamera Utama 50MP Dipertingkatkan Dengan Fungsi Nightography Yang Menghidupkan Malam Korang!

Pernah tak bila korang test fungsi kamera dekat kedai telefon nampak cantik je kualiti gambar.Tapi bila waktu malam, mula lah semua gambar nampak macam dalam gua! Haa, lain pula dengan fungsi kamera Galaxy A54 ni. 

Penulis dah cuba  tangkap gambar pada waktu siang dan malam. Memang puas hati! 

Mempunyai 3 kamera dengan kamera utama 50MP, Kamera Ultra-Lebar 12MP, Kamera Makro 5MP dan Kamera Depan 32MP membuatkan gambar yang diambil sentiasa on point!

Berbanding model sebelumnya, siri Galaxy A54 ini dipertingkatkan dengan keupayaan Nightography dan AI yang  merakam foto dengan kualiti yang terang serta sensor imej berteknologi tinggi. Bila nak rakam gambar dalam suasana gelap, kamera Galaxy A54 ini secara automatik akan beralih ke mod malam.

Rakaman Video Lebih Sempurna Dengan Ciri Anti-Gegar & Kamera Wider OIS Angle! Semua Boleh Nampak!

Frust betul bila tengah excited nak buat video lama sikit, tangan dah menggeletar. Hasilnya, dapat video yang tak penuh dan tak jelas! Tapi lepas cuba sendiri rakam video memggunakan  Galaxy A54 ni, penulis dapat rasakan video yang dihasilkan kurang gegaran walaupun sedang berjalan masa tengah rakam video..

Ciri Kamera Wider OIS Angle sangat membantu untuk merakam video dengan paparan yang lebih luas. So, senang lah kalau nak buat video ucapan raya bersama keluarga tahun ni!

Ciri Water Resistant Dengan Ketahanan Selama 30 Minit

Penulis paling tak sabar nak cerita part ni! Korang tau tak, Samsung Galaxy A54 ni dilengkapi dengan ciri water resistant di mana ia boleh bertahan selama 30 minit dalam kedalaman air biasa sehingga 1 meter. Jadi, kalau setakat terpercik atau tertumpah air waktu raya nanti memang takde masalah!

Ketahanan Bateri Sehingga 2 Hari Tanpa Pengecasan Serta Rangkaian 5G Terpantas

Ini antara salah satu ciri yang kami sangat suka! Bagi mereka yang selalu sibuk melakukan aktiviti seharian, kadang-kala tak sedar yang telefon dah habis bateri. 

Tapi dengan Samsung Galaxy A54, korang dah tak perlu risau sebab bateri Galaxy A54 ni mampu bertahan selama dua hari (5,000 mAh)! Tak perlu dah nak bawa powerbank korang yang berat tu merata- rata!

Fungsi SmartThings Find Bantu Jejak Peranti Samsung Korang Walau Tengah Offline!

Menariknya Siri Galaxy A54 5G ni, ia dilengkapi dengan SmartThings Find. Kalau korang nak tahu, SmartThings Find adalah satu aplikasi yang membantu pengguna mengesan dan mencari peranti Galaxy dengan cepat dan mudah walaupun di luar talian (offline). Korang boleh klik DI SINI untuk cara penggunaan.

Reka Bentuk Dan Pilihan Warna Lebih Premium. Memang Style 2023!

Design Samsung Galaxy A54 ni pun kalau korang tengok, memang cantik! Skrin depan peranti Siri terbaru A ini diperbuat daripada ‘Corning Gorilla Glass 5 dengan reka bentuk ‘curve’ pada permukaan tepi peranti yang membuatkan ia nampak lebih premium.

Terdapat dalam empat pilihan warna yang cukup trendy dan moden seperti Awesome Lime, Awesome Graphite, Awesome Violet dan Awesome White.

Pra Tempah Siri Terbaru Galaxy A54 Dan Bawa Pulang Galaxy Buds Live PERCUMA!

Penulis memang suggest untuk korang rasai sendiri pengalaman menggunakan Samsung Galaxy A54 ni. Kalau korang pra tempah Galaxy A54 ni sekarang, korang berpeluang untuk mendapat pelbagai hadiah dan servis menarik seperti:

– Galaxy Buds Live bernilai RM 549 secara PERCUMA

– 1+1 tahun jaminan secara PERCUMA

– Potongan diskaun sebanyak 30% PWP (purchase with purchase) bagi pembelian adapter terpilih

– Rebat Trade In bernilai RM150

-Jaminan peningkatan OS sehingga ke 4 generasi, kemaskini keselamatan untuk 5 tahun, dan waranti selama 2 tahun 

Spesifikasi dah mantap, harga pula cuma RM1,899 termasuk semua hadiah menarik di atas, memang rugi sangat kalau korang tak beli sekarang! 

Tunggu apa lagi! Buat pembelian sekarang DI SINI. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Samsung atau ikuti media sosial di Facebook and Instagram

Hello Semua! Saya penulis editorial separuh masa bagi bahagian pemasaran. Semoga penulisan saya bermanfaat buat semua rakyat Malaysia! Terima kasih kerana sentiasa menyokong Oh!Media...

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas