Connect with us

Oh! Media

Realme Perkenal Tablet Dengan Harga Bermula RM699 Je

E40dc353 0799 4b6d bc76 2169df3323c6

Oh! Tech

Realme Perkenal Tablet Dengan Harga Bermula RM699 Je

Realme telah memperkenalkan tablet terbaru mereka iaitu Realme Pad Mini di pasaran Malaysia.

BACA : Realme 9 Bakal Tiba Di Malaysia, Hadir Dengan Kamera 108MP Guna Sensor Samsung HM6

Menurut laporan Fuzz.my, ia didatangkan dengan skrin sebesar 8.7 inchi LCD yang dikuasakan dengan cip pemprosesan Unisonic T616.

IKLAN
F84f38a5 08b0 4614 b289 de09a1b44335

Untuk memori, ia hadir dengan RAM sebesar 3GB ataupun 4GB dan storan dalaman sebesar 32GB ataupun 64GB mengikut penggunaan pembeli sendiri. 

Untuk kamera belakang, ia dilengkapi dengan 8 megapixel dan kamera depan pula hadir dengan 4 megapixel. Bateri realme pad mini ini berkapasiti 6,400mAh yang menyokong 18w pengecasan pantas.

Fcae028c 11b9 4817 9b83 392df2aa517c

Sekiranya korang berminat, korang boleh dapatkannya dengan 3 pilihan memori iaitu 3GB RAM dan 32GB storan dalaman bersama WiFi pada harga RM699, 3GB RAM dan 32GB storan dalaman bersama LTE pada harga RM749 ataupun 4GB RAM dan 64GB storan dalaman bersama LTE pada harga RM799. 

Korang juga diberi dua pilihan warna sama ada kelabu ataupun biru. Rasanya berbaloi spesifikasi dengan harga yang ditawarkan realme ni, apa pandangan korang?

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas