Connect with us

Oh! Media

Pengguna Boleh Call Dan Mesej Tanpa Sebarang Rangkaian Dengan iPhone 13?

45595926 9a6c 4b25 8e0d 281b335a031f

Oh! Tech

Pengguna Boleh Call Dan Mesej Tanpa Sebarang Rangkaian Dengan iPhone 13?

Sepertimana semua tahu, kita perlukan signal untuk berhubung dari sesuatu rangkaian ke rangkaian lain setiap kali nak buat panggilan atau menghantar mesej, betul tak?

BACA : iPhone 13 Mungkin Dijual Pada Harga RM9k?

Untuk pengetahuan, terdapat laporan yang mengatakan bahawa siri iPhone 13 ini boleh buat panggilan atau menghantar mesej walaupun tanpa rangkaian dan hanya menggunakan komunikasi satelit. Pergh! Biar betul?

IKLAN

Ciri komunikasi satelit ini membolehkan kita kekal berhubung tanpa adanya perkhidmatan internet langsung. Walaubagaimanapun, ianya hanya terhad dan boleh digunakan waktu kecemasan saja menurut laporan Fuzz.my.

38b6b025 47d7 4565 bd4d a298fac10180

Dalam satu lagi laporan daripada Bloomberg, ia juga berpotensi untuk menyelamatkan nyawa dan sebagainya kepada pengguna sekiranya berada dalam situasi yang bahaya untuk kekal berhubung.

Terdapat juga laporan dimana ciri ini akan mula tersedia pada tahun depan. Kalau ada ciri ini pada iPhone 13 nanti, memang terbaik gila! Apapun, sama-sama kita tunggu sewaktu pelancarannya nanti sama ada ianya benar atau tidak.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas