Connect with us

Oh! Media

iPhone 13 Mungkin Dijual Pada Harga RM9k?

38b6b025 47d7 4565 bd4d a298fac10180

Oh! Tech

iPhone 13 Mungkin Dijual Pada Harga RM9k?

Terdapat pelbagai features yang dijangkakan ada pada iPhone siri 13 dalam beberapa laporan sebelum ini. Mesti korang tertanya-tanya berapa pula agaknya harga iPhone terbaru yang bakal dilancarkan tak lama lagi ni kan?

BACA : Apple Dijangka Lancar iPhone 13 Pada September Ini?

Menurut laporan Fuzz.my, terdapat satu laporan yang mengatakan harga permulaan bagi iPhone siri 13 ini mungkin dijual dari RM3,565 sehingga RM9,073 bagi model 1TB. Pergh! Boleh tahan.

IKLAN

Logik jugalah sebab harga iPhone 12 ketika dilancarkan sebelum ini pun bermula pada RM3,565 ($850). Mungkin disebabkan menawaran memori 1TB, harganya mahal sebegitu. 

74993bad 8c27 4679 9a02 296cd4b5d718

Siri iPhone 13 ini dikatakan akan lancar dengan 4 varian iaitu 13 mini dengan skrin sebesar 5.4 inci, 13 dan 13 pro dengan skrin sebesar 6.1 inci dan akhirnya 13 pro max dengan skrin sebesar 6.7 inci.

Bukan tu jer, terdapat juga beberapa laporan mengatakan iPhone 13 ini hadir dengan ciri Touch ID dan Always on Display yang menunjukkan beberapa paparan ringkas seperti jam dan notifikasi ketika phone dalam keadaan lock skreen.

Apa pandangan korang? Apapun kita tunggu sehingga ianya dilancarkan nanti ya.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas