Connect with us

Oh! Media

Pencabar Baru Telefon Pintar, Siri vivo X70 Hadir Dengan Ciri Fotografi Profesional & Reka Bentuk Futuristik

Branded

Pencabar Baru Telefon Pintar, Siri vivo X70 Hadir Dengan Ciri Fotografi Profesional & Reka Bentuk Futuristik

Jenama telefon pintar vivo tidak perlu lagi diperkenalkan lagi, dengan ciptaan teknologi hebat yang berjaya menembusi pasaran 50 negara, vivo kini berjaya meletakkan jenamanya setanding dengan jenama terkemuka di pasaran.

Lebih mengujakan vivo secara rasmi telah melancarkan model andalan terbarunya iaitu siri X70, telefon pintar dengan teknologi fotografi profesional di Malaysia. Siri X70 hadir dengan dua varian iaitu X70 dan X70 Pro.

Pelancaran ini turut membuka lembaran baru kerjasama pengimejan antarabangsa di antara vivo dengan legenda dunia optik, ZEISS untuk mencipta pengalaman fotografi mudah alih.

Pengimejan Mudah Alih Bersama ZEISS 

Menggunakan kepakaran yang dimiliki ZEISS yang memiliki pengalaman selama 175 tahun dalam dunia merakam gambar merupakan satu kelebihan buat vivo.

Bagi memberikan keterujaan buat pengguna vivo, siri X70 dilengkapi keupayaan perisian dan perkakasan pengimejan mudah alih yang premium. 

Sistem kamera yang dibangunkan bersama ZEISS membawa ciri eksklusif “Gaya Potret ZEISS”, yang membolehkah pengguna mengambil gambar yang mirip dengan rupa dan gaya gambar yang dirakam menggunakan lensa klasik ZEISS.

Ini secara tidak langsung menutup jurang diantara fotografi mudah alih dan profesional melalui inovasi berorientasikan pengguna dengan teknologi canggih.

Spesifikasi kamera yang mengagumkan

vivo XTO Cosmic Dawn

Seperti namanya kamera fotografi, spesifikasi kamera untuk siri X70 sangat mengagumkan. Untuk bahagian hadapan kedua-dua varian X70 dan X70Pro dilengkapi dengan kamera 32MP.

Bagi kamera utama pula X70 Pro didatangkan dengan empat kamera belakang (50MP + 12MP+ 12MP + 8MP). Manakala, X70 pula memiliki tiga kamera belakang (40MP + 12MP + 12MP).

Kalau sebelum ini vivo memperkenalkan gaya merakam gambar dengan  Bokeh Portrait Style. Kali ini vivo melengkapkan tiga lagi ciri Gaya Potret ZEISS yang mengagumkan. Ia diilhamkan dari lensa klasik ikonik Distagon, Planar dan Sonnar. 

Mod “Distagon” memberikan rupa anamorfik dan menawarkan kesan perspektif dinamik untuk seni bina kritis dan fotografi dalaman yang sama seperti  ciri estetik filem Hollywood 

“Planar” pula memperkenalkan kesan bokeh klasik, mendedahkan perwatakan sebenar dan menyampaikan ekspresi asli melalui fotografi potret. 

“Sonnar” pula terkenal dengan hasil bokeh yang licin, menjadikannya sesuai untuk potret yang memerlukan kedalaman dan kejelasan untuk merakam momen penting dalam kehidupan.

Siri vivo X70 turut menggunakan ZEISS T* Coating yang membantu mengurangkan pantulan dan meningkatkan penghantaran cahaya untuk kurangkan bayang, cahaya sesat dan artifak gambar lain yang tidak berguna. Kalau ambil gambar atau video, hasilnya pasti lebih menakjubkan kerana bila ‘noise’ kurang hasil rakaman akan jadi lebih menonjol.

Satu lagi eksklusiviti untuk siri X70 ini ialah terdapat logo ZEISS dan label ZEISS T* Coating yang dicap pada susunan kamera belakang, sementara tanda dagang ZEISS Vario-Tessar diukir halus dan menonjom pada panel lampu suluh.

Penstabil Gimbal 3.0 & Mod Malam untuk visual yang estetik 

Varian X70 Pro dan X70 kali ini turut dilengkapi dengan Gimbal Kamera Ultra-Pengesanan, yang ditambah pada teknologi Penstabil Gimbal 3.0 bagi memudahkan pengguna merakam gambar atau video yang stabil walaupun sedang bergerak.

Ia turut dilengkapi dengan teknologi Penstabil Video Ultra 5-Paksi VIS yang menggabungkan Penstabilan Imej Optik (OIS) yang dipertingkatkan dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) untuk mengalihkan paksi-X/Y dengan putaran paksi-Z untuk kestabilan dari setiap arah.

Sebagai pelengkapan kepada keupayaan pengimejan kedua-dua telefon pintar ini, vivo telah menambah pelbagai ciri fotografi dan videografi berbilang-mod iaitu Real-Time Extreme Night Vision, Super Night Video, Pure Night View, Pro Cinematic Mode dan banyak lagi yang khas untuk penggunanya.

Spesifikasi tertinggi vivo

Kedua-dua vivo X70 Pro dan X70 dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1200-vivo yang memberikan prestasi CPU dan GPU yang tiada tandingan. 

Pemproses cekap-tenaga ini membolehkan pengguna untuk memanfaatkan sepenuhnya sambungan 5G apabila ia dilaksanakan kelak. Manakala LPDDR4X dan UFS 3.1 membantu penyimpanan yang pantas.

X70 Pro dan X70 masing-masing mempunyai bateri 4,450 mAh (TYP) dan 4,400 mAh (TYP) dan dilengkapi pengecas piawai vivo (FlashCharge 11V / 4A) yang menyokong teknologi FlashCharge 44W untuk prestasi jangka panjang.

Dengan paparan 6.56 inci, ia mampu mencapai kadar penyegaran 120Hz dan kadar respon 240Hz untuk pengalaman tatalan yang lebih lancar.

Reka bentuk futuristik

vivo X70 Cosmic Black

Untuk menjadi telefon pintar fotografi profesional terbaik, vivo turut melengkapkan siri X70 dengan gaya serta binaan yang mewah.

Untuk kemasan siri X70, vivo menggunakan proses teknologi reka bentuk perindustrian revolusioner yang dikembangkan, Fluorite AG.

Siri X70 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Cosmic Black dan Aurora Dawn yang melengkapkan gaya futuristiknya. 

Peranti boleh pakai yang ringan  dengan pembatalan bunyi lanjutan

Turut dilancarkan bersama siri X70 ialah siri TWS 2, earbud stereo (TWS 2 ANC dan TWS 2e) tanpa wayar sebenar, yang mempunyai teknologi 40dB Pembatalan Bunyi Lanjutan pertama daripada vivo.

Dilengkapi dengan bass 12.2mm yang kuat serta sokongan teknologi codec adaptif aptX, earbud siri vivo TWS 2 ini menawarkan pengalaman audio yang mengagumkan. 

Siri TWS 2 juga menyokong pengurangan kebisingan sebanyak 40dB, yang dapat mengesan bunyi luaran dan mengeluarkan gelombang bunyi tepat yang kemudian disesuaikan secara automatik melalui algoritma pintar.

Nikmati tawaran pra tempah dengan hadiah eksklusif yang lumayan!

Pra tempah Siri vivo X70

X70 Pro dan X70 masing-masing dijual pada harga RM3,299 dan RM2,499. Bagi yang berminat, korang boleh membuat pra-tempahan bermula 1 Oktober 2021, dengan hadiah PERCUMA eksklusif bernilai sehingga RM899 untuk X70 Pro dan RM599 untuk X70.

Pengguna yang membuat pra tempahan juga layak untuk menerima perkhidmatan vivo Protection Plus, yang menyediakan Jaminan Lanjutan 1-Tahun dan Perlindungan Keretakan Skrin 1-Tahun, yang bernilai RM399. 

Siri vivo X70

Selain itu, bagi mereka yang menempah X70 Pro akan menerima bar bunyi Bluetooth dan kad keahlian VIU TV*. Untuk yang menempah X70 pula akan membawa pulang pembesar suara Bluetooth, pengecas pantas dalam kereta, dan kad keahlian VIU TV* yang bernilai RM200.

Siri earbud vivo TWS 2 iaitu TWS 2e dan TWS 2 ANC, masing-masing boleh didapati pada harga RM269 dan RM369. 

Istimewa untuk pelanggan yang melakukan pra tempah siri X70, korang boleh menikmati tawaran pembelian bersama pembelian (PWP) untuk pembelian siri TWS 2 pada harga RM68 (TWS 2e) atau RM98 (TWS 2 ANC) sahaja.

Pra-tempahan boleh dibuat di mana-mana E-Store rasmi Vivo (X70 Pro dan X70), dan rakan E-dagang termasuk Lazada (X70 Pro dan X70) dan Shopee (X70 Pro dan X70).

Pengedar sah dan rakan niaga vivo yang lain seperti Senheng, senQ, Harvey Norman, Urban Republic, Courts, Thundermatch, Lulu, Chan Furniture dan Sentriq. Siri ini akan tersedia bersama rakan telco rasmi vivo tidak lama lagi.

Bukan itu saja, pada jualan pertama siri vivo X70, 2 Oktober 2021 ini. vivo nak berikan korang baucar eksklusif daripada 6 jenama terkenal iaitu inwash, Vanilla Crepe, Check Hup, Khind, Instea dan Urban Republic by Switch di vivo e-store. Korang juga boleh dapat baucar e-baucar vivo bernilai RM100. Bestnya!

  • vivo-  E-baucar RM100
  • Vanilla Crepe – E-baucar RM5 
  • Instea – Diskaun 10% untuk semua minuman
  • Inswash – Diskaun 10% untuk semua servis
  • Khind – E-baucar RM30 
  • Chek Hup -PERCUMA produk kopi (bernilai sehingga RM 700)
  • Urban Republic – Baucar RM 20 

Klik di SINI untuk tebus hadiah dan baucar korang.

Save the date guys dan jangan terlepas tawaran hebat ni!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas