
Oh! Tech
Oppo Find N2 Flip, Pencabar Terbaru Telefon Lipat Samsung?
Oleh
Dengar cerita Oppo telah keluarkan model terbaru yang seakan sama seperti pesaing sengit mereka, Samsung. Eh, serius ah?
BACA: Boleh Hidupkan Kereta Dari Jauh, Smartwatch Proton X Tersedia Dengan Harga RM1,499
Terkini, Oppo telah keluarkan model berupa telefon boleh lipat bernama Oppo Find N2 Flip.
Spesifikasi Find N2 Flip

Oppo Find N2 Flip telah dikuasakan oleh pemproses CPU Mediatek Dimensity 9000+ (4 nm) dan mempunyai pelbagai perisian daripada 256GB 8GB RAM, 256GB 12GB RAM hingga 512GB 16GB RAM.
Model ini mempunyai paparan LTPO AMOLED boleh lipat 6.8 inci . Tambahan, kamera bagi model ini mencapai tahap 50 MP dan 32 MP bagi kamera hadapan. Bateri bagi telefon boleh lipat ini mencapai 4,300 mAh.
Harga Oppo Find N2 Flip bermula dari RM4,170 di pasaran Malaysia. Model ini boleh didapati dalam warna Astral Black, Moonlit Purple, Gold.
Kredit: TechNave
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
