Connect with us

Oh! Media

Boleh Hidupkan Kereta Dari Jauh, Smartwatch Proton X Tersedia Dengan Harga RM1,499

20230213 115606 0000

Oh! Gear

Boleh Hidupkan Kereta Dari Jauh, Smartwatch Proton X Tersedia Dengan Harga RM1,499

Terbaru, syarikat Proton telah melancarkan jam pintar atau smartwatch mereka sendiri bernama Proton X. Wow, serius lah?

BACA: Ciri-Ciri Keselamatan Perodua Axia 2023 Diiktiraf ASEAN NCAP Dengan 4 Bintang

Menurut Lowyat.net, smartwatch Proton X dibuat dengan kerjasama antara syarikat Proton dan ACO Tech. ACO Tech merupakan syarikat yang bertanggungjawab ke atas sistem infotainmen ATLAS pada kereta Proton terpilih termasuk X50 dan X70.

IKLAN

Fungsi Proton X

Jam tangan ini membenarkan pengguna untuk mengawal kenderaan dari jauh termasuk mengunci pintu, tingkap, hon, lampu, penghawa dingin dan lain-lain. Bagi pemilik model Proton X50, smartwatch ini juga boleh menghidupkan terus enjin kereta dari jauh.

Tambahan, jam tangan ini telah dihasilkan dengan keluli tahan karat dan bezel seramik yang dilengkapi paparan AMOLED1.3 inci. Gadget ini juga mempunyai ciri yang lain termasuk menyemak kadar denyutan nadi dan sensor darah oksigen.

Buat masa sekarang, Proton X dikategorikan sebagai Proton Genuine Part untuk model X50 dan X70. Pembeli boleh mendapatkan gadget ini dari pengedar yang dengan harga RM1,499. Kalau dah beli, jangan lupa review untuk kami pula, okay?

Kredit: Lowyat.Net

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas