Connect with us

Oh! Media

Mesin Pencetak HP Antara Terbaik, Lebih Mudah & Menjimatkan Kos Perniagaan!

HP Printers

Branded

Mesin Pencetak HP Antara Terbaik, Lebih Mudah & Menjimatkan Kos Perniagaan!

Bila sebut saja tentang mesin pencetak, mesti ada antara korang terutama perusaha terfikir ada baiknya kalau mencetak dokumen di kedai berbanding mempunyai mesin pencetak sendiri sebab ia lebih jimat masa serta mampu mencetak pada kapisiti yang lebih banyak betul tak?

Korang tahu tak, sebenarnya ada cara yang lebih baik daripada mencetak di kedai sebab kami ada jumpa siri mesin pencetak terbaru yang bukan saja memudahkan urusan, malah menjimatkan kos pencetakkan! Fuh, biar betul?

HP Malaysia telah memperkenalkan rangkaian baru penyelesaian pencetakan pintar untuk memenuhi keperluan pekerja hibrid di rumah dan pejabat, serta menyediakan cara yang lebih produktif dan selamat untuk bekerja tau! Kalau nak tahu, jom kami kongsikan.

Lebih Jimat Dalam Pelbagai Aspek, HP Smart Tank Adalah Pilihan Terbaik!

Kalau korang nak tahu, HP hadir dengan inovasi pencetakkan terbaru iaitu HP Smart Tank 580/520 yang mempunyai pelbagai ciri menarik yang dapat membantu memudahkan operasi perniagaan terutama buat perusaha PKS. 

Menariknya, HP Smart Tank ini bukan saja mesra bajet, malah ia direka untuk meningkatkan kecekapan kos dan produktiviti untuk perusaha PKS dan pengguna di rumah tau! 

Ia juga mampu mencetak sehingga 6,000 halaman hitam atau berwarna untuk pencetakan tanpa gangguan pada bekalan dakwat pra-isi yang dapat bertahan hampir 3 tahun bagi menjimatkan kos. Wah, macam ni baru lah worth it!

Lagi best, korang boleh buat pencetakan pintar, pengimbasan ID yang pelbagai, pengimbasan buku, penukaran dokumen ke teks, mencetak secara automatik dengan butang salin ID dan banyak lagi menerusi aplikasi HP Smart. Pergh, semua dekat hujung jari saja!

Selain itu, mesin pencetak ini turut dihasilkan secara mampan dengan menggunakan 45% kandungan kitar semula selepas penggunaannya serta mempunyai pensijilan EPEAT Silver dan Energy Star. 

HP Smart Tank ini juga dilengkapi dengan HP Wolf Essential Security untuk melindungi maklumat sensitif serta didatangkan dengan Wi-Fi penyembuhan sendiri dan mobiliti yang lebih baik dengan aplikasi pintar dan Smart Advance. Bagusnya! 

HP LaserJet Managed E800/E700 Menjadikan Aliran Kerja Lebih Pantas!

Untuk korang yang mempunyai kapisiti kerja yang banyak, HP LaserJet Managed E800/E700 adalah pilihan tepat sebab ia mementingkan produktiviti dan keselamatan bagi menjadikan aliran kerja lebih pantas dan meredakan ketegangan pasukan IT korang!

Menariknya, HP LaserJet Managed E800/E700 ini direka secara moden yang mana ia hadir dengan lima panel warna untuk dipadankan dengan hiasan pejabat serta mempunyai HP Speed License untuk konfigurasi fleksibel bagi memenuhi keperluan perniagaan yang berbeza.

Bukan itu saja, siri E800/E700 Flow ini turut menawarkan penyelesaian aliran kerja yang komprehensif dengan ciri Flow 2.0 baru, termasuk keupayaan untuk membuat pengeditan terus ke kandungan pada panel kawalan seperti highlight dan sunting sebagai pintasan tersuai. 

Menariknya, ia dilengkapi dengan teknologi Innovative Reverse and Retry yang mana ia dapat mengesan dan menyelesaikan isu berganda dan kesesakan kertas bagi membantu aliran kerja berjalan dengan lebih lancar. 

Lagi best, HP LaserJet Managed E800/E700 mempunyai kelajuan pencetakan pantas sehingga 70ppm dan kelajuan imbasan dupleks 300 ipm yang dikuasakan oleh pemproses quadcore rekaan tersuai HP yang dapat menyelesaikan lebih banyak perkara dengan lebih cepat . Fuhh, terbaiklah!

Paling penting, ia menyokong sifar penebangan hutan dan membantu menjimatkan sumber dengan percetakan cekap tenaga HP. Haa, macam ni barulah bagus, we Go Green!

Kalau korang nak tahu, mesin pencetak ini adalah mesin paling selamat di dunia sebab ia mempunyai ciri HP Wolf Enterprise Security yang dapat melindungi, mengesan dan memulihkan diri serta ciri Memory Shield™ tau! Wow, seriuslah?

Memory Shield™ ini dapat membantu mengesan serangan pencetak dan akan bertindak sendiri secara automatik dengan menggunakan penyelesaian dilindungi perkakasan dipanggil Runtime Intrusion Detection yang dapat membantu mengesan dan mencegah kemungkinan serangan. 

Tingkatkan Produktiviti Kerja Dengan Teknologi HP!

Wow, baguskan keluaran terbaru mesin pencetak HP kali ni! Bukan saja memudahkan segala urusan pekerjaan serta produktiviti, malah ia juga mementingkan keselamatan korang dan alam sekitar tau!

Kalau korang berminat untuk cuba sendiri menggunakan mesin pencetak terbaru HP ini, HP Malaysia hadir dengan cabaran #CetakSmartwithHP yang mana korang boleh uji ciri HP Smart Tank di HP Concept Stores yang terpilih.

Paling best, satu HP Smart Tank akan diberikan dua kali seminggu kepada peserta bertuah yang mengikuti cabaran #CetakSmartwithHP ni tau. Jadi, korang tunggu apa lagi, cepat rebut peluang keemasan ini sekarang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HP Malaysia, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas