Connect with us

Oh! Media

Maybank Umum Semua Pengaktifan Baharu Secure2U Perlu Dilakukan Di ATM Maybank

Ohmedia  Maybank

Oh! Geekz

Maybank Umum Semua Pengaktifan Baharu Secure2U Perlu Dilakukan Di ATM Maybank

Baru-baru ini, Maybank memaklumkan kepada pengguna mereka bermula 31 Oktober 2023 semua pengaktifan Secure2U buat pertama kali dan juga pengaktifan pada peranti baharu perlu dilakukan melalui ATM Maybank.

Malah, perubahan ini juga akan memberikan kesan kepada pengguna sedia ada yang ingin beralih ke telefon baharu selepas 31 Oktober 2023.

Difahamkan, Maybank mahu langkah pengesahan tambahan dalam terus meningkatkan sekuriti, selari dengan piawaian sekuriti terbaru Bank Negara Malaysia.

IKLAN

Maybank secure2u tac 950x535jpg

Untuk pengguna berkaitan, korang perlu memuat-turun aplikasi MAE dan seterusnya melakukan pendaftaran Secure2U melaluinya. 

Seterusnya, korang perlu tuju ke ATM Maybank berdekatan dan memasukkan kad ATM serta memasukkan PIN. Kemudian pada menu utama, pilih pada “Secure2U Activation”, dan ikut arahan pada skrin.

Selepas mengaktifkan Secure2U, pengguna perlu menantikan sekurang-kurangnya 12 jam sbeelum dapat menggunakan Secure2U dalam pengesahan transaksi.

BACA: Maybank Umum Hati-Hati Dengan Mesej Penipuan Melalui Emel

Terdahulu, Maybank ada mengeluarkan satu kenyataan baharu di Facebook memaklumkan berkaitan tular emel palsu yang meminta pengguna untuk berkongsi butiran log masuk dan maklumat kad kredit.

Kredit: Maybank

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Maybank secure2u tac 950x535jpg
  • Ohmedia  Maybank
  • Maybank secure2u tac 950x535jpg
  • Ohmedia  Maybank

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas