Connect with us

Oh! Media

Maybank Umum Hati-Hati Dengan Mesej Penipuan Melalui Emel

ohmedia  maybank

Oh! Geekz

Maybank Umum Hati-Hati Dengan Mesej Penipuan Melalui Emel

Peringatan buat orang ramai untuk lebih berhati-hati dan meneliti kesahihan maklumat atau emel yang diterima agar tidak menjadi mangsa jenayah siber.

Baru-baru ini, Maybank ada mengeluarkan satu kenyataan baharu di Facebook memaklumkan berkaitan tular emel palsu yang meminta pengguna untuk berkongsi butiran log masuk dan maklumat kad kredit.

IKLAN
maybank email ajpg

Menerusi emel itu, pengguna dimaklumkan bahawa terdapat kemaskini sekuriti telah dibuat, yang kemudiannya akaun mereka terpaksa ‘dikunci’ bagi tujuan keselamatan dan privasi.

Malah, pengguna juga diberikan satu pautan untuk diakses bagi melengkapkan proses log masuk tersebut, seterusnya turut akan diberikan emel pengesahan.

Dalam pada itu, Maybank menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tidak berurusan melalui emel palsu ini, dalam masa sama turut diminta mereka untuk tidak menekan sebarang pautan yang mencurigakan.

maybank 950x534jpg

Menurut Maybank, individu atau wakil yang tidak sah akan berkongsi pautan yang mencurigakan atau sewenang-wenangnya meminta pengguna untuk mendedahkan maklumat perbankan.

Justeru itu, orang ramai amat diminta agar sentiasa peka dan membuat semakan terlebih dahulu di laman web rasmi sebelum melakukan sebarang transaksi bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan.

BACA: Aplikasi MAE Dan M2U Alami Masalah Akses Perlahan, Maybank Mohon Maaf

Sebelum ini ,sistem perbankan dalam talian Maybank, MAE serta M2U MY dilaporkan mengalami gangguan tidak boleh diakses.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • maybank email ajpg
  • maybank 950x534jpg
  • ohmedia  maybank
  • maybank email ajpg
  • maybank 950x534jpg
  • ohmedia  maybank

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas