Connect with us

Oh! Media

Ini Alasan Mengapa Apple Terpaksa Kurangkan Pengeluaran iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit

iphone 13

Oh! Tech

Ini Alasan Mengapa Apple Terpaksa Kurangkan Pengeluaran iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit

Nampaknya ramai juga rakyat Malaysia yang dah upgrade ke iPhone 13 sampaikan habis stock dekat kedai-kedai. Tapi memang tak rugi beli iPhone ni sebab kalau yang merancang nak tukar telefon setiap tahun, memang produk Apple paling baik. Ini kerana walaupun sudah 2 tahun guna, harganya masih tinggi untuk dijual dan kita hanya perlu tambah sikit je untuk dapatkan model baru.

ADVERTISEMENT

BACA: Apple Sekali Lagi Akan Disaman Brazil Kerana Tiada Pengecas Untuk Setiap Pembelian iPhone 13

Memandangkan sambutan iPhone 13 tahun ini amat menggalakkan, ada pula khabar angin mendakwa Apple akan kurangkan pengeluaran model ini. Apple dilihat tidak mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran sebelum musim percutian depan. Antara alasan yang diberikan mereka adalah kekurangan cip elektronik global.

Apple yang sebelum ini merancang untuk menghasilkan 90 juta unit iPhone 13 sebelum akhir tahun ini terpaksa mengurangkannya kepada 80 juta unit sahaja.

Untuk pengetahuan, perkara ini terjadi kerana 2 pembekal utama cip Apple iaitu Broadcom dan Texas Instruments tidak mampu memenuhi permintaan Apple.

Kami menjangkakan permintaan keseluruhan sudah kukuh di seluruh dunia. Apple akan mengalami kekurangan unit iPhone 13 sebanyak lima juta pada musim percutian ini jika permintaan pengguna terus kekal seperti ini. – Kata penganalisis Wedbush Dan Ives.

Permintaan yang sangat tinggi ini berlaku di 2 buah negara iaitu China dan Amerika Syarikat. Tim Cook, Ketua Pegawai Eksekutif Apple turut mengakui pihaknya sudah menjangkakan perkara ini. Masalah kekurangan cip ini bukan hanya memberi masalah kepada Apple tetapi turut mempengaruhi seluruh bahagian industri.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

30 Hari Paling Trending

To Top