Connect with us

Oh! Media

Kerja Semakin Mudah, Galaxy AI Kini Diadaptasi Dalam Samsung Galaxy S24 Series! 5 Kepentingan Galaxy AI Ini Korang Perlu Tahu!

Samsung Galaxy S24 series ada AI

Branded

Kerja Semakin Mudah, Galaxy AI Kini Diadaptasi Dalam Samsung Galaxy S24 Series! 5 Kepentingan Galaxy AI Ini Korang Perlu Tahu!

Sebut saja AI, confirm ramai rasa was-was dan takut sebab kebanyakkan antara kita pandang inovasi AI ni sebagai berbahaya dan boleh mendatangkan fitnah…

Salah tau! Korang tak boleh berfikiran negatif terhadap inovasi manusia sendiri yang pada asalnya adalah untuk memudahkan lagi kerja-kerja manusia. 

Lagi-lagi sekarang ni, teknologi semakin maju dan semestinya kita memerlukan pertolongan untuk kekal konsisten dan perkembangkan lagi teknologi yang ada terutama pada telefon pintar.

Untuk pengetahuan, Samsung merupakan jenama pertama yang mengadaptasikan kegunaan AI dalam keluaran siri terbaru Galaxy S. Kalau nak tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan!

Lepas Ni Tak Perlu Risau Kalau Tak Fasih Bahasa Bila Tengah Telefon Sebab Galaxy AI Boleh Tolong Terjemahkan!

Siapa dekat sini ada masalah untuk berkomunikasi menggunakan bahasa kedua lagi-lagi bila tengah membuat panggilan? Haa, takut kalau tak faham nanti jadi salah konteks pula kan…

Jangan risau sebab lepas ni korang boleh berkomunikasi pelbagai jenis bahasa dengan ciri terbaru, Galaxy AI yang hanya boleh didapati pada keluaran terkini Samsung Galaxy S24 Series. Wow, seriuslah?!

Apa yang menarik dengan ciri terbaru ini adalah ia dapat membantu korang untuk menterjemah secara langsung ketika korang sedang berada dalam talian tau. Pergh, bestnya!

Dengan adanya Galaxy AI pada Samsung Galaxy S24 Series, korang dah tak perlukan aplikasi ketiga untuk terjemah sebab ia dapat menterjemah bahasa secara langsung menerusi panggilan dalam apa jua bahasa yang digunakan. 

Jadi, memang plus point lah kenapa korang kena dapatkan siri terbaru Samsung Galaxy S24 Series ni!

Sekarang Boleh Tulis Teks Panjang Tanpa Perlu Buka Tab Terjemahan

Satu lagi ciri Galaxy AI yang bagi kami sangat membantu adalah ia dapat menterjemah teks dan mesej secara langsung dalam apa jua bahasa yang digunakan. 

Kalau korang sekarang ni masih buka tab baru untuk menterjemah bahasa semata untuk menulis teks dan mesej, lupakan saja! Kadang-kadang teks terjemahan daripada aplikasi ketiga ni bukan betul sangat pun kalau ikut konteks betul tak? 

Sebab itulah korang kena beralih kepada siri terbaru Samsung Galaxy S24 Series sebab bukan saja ciri Galaxy AI ni dapat menterjemah, malah boleh menyesuaikan nada dengan situasi korang, membuatkan teks dan mesej korang kelihatan lebih natural dan kekal dalam konteks.

Lagi best, Galaxy AI ni pun boleh merangka mesej malah e-mel yang betul apabila korang menaip beberapa kata kunci tau. Hebatkan?!

Kerja Lebih Kemas, Teratur & Tak Perlu Serabut Kepala Untuk Fahamkan Teks Panjang

Untuk korang yang selalu buat catatan pada nota dalam telefon, mesti korang pernah alami situasi di mana teks yang ditulis itu berada dalam keadaan kucar-kacir dan susah untuk faham konteks yang mana satu betul tak?

Jangan risau sebab dengan adanya Galaxy AI dalam Samsung Galaxy S24 Series, ia dapat memudahkan dengan bantuan Note Assist, yang mana ia akan buat setiap catatan dalam telefon akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami.

Selain itu, terdapat juga ciri Handwriting Auto Spacing & Alignment yang akan membantu korang mengemaskan lagi tulisan tangan yang diconteng pada telefon ketika korang dalam keadaan tergesa. Wah, ini yang sepatutnya ada pada setiap telefon!

Terdapat juga ciri Auto Format yang akan menstrukturkan semula nota korang dalam format lebih tersusun dan korang boleh berkongsi kepada sesiapa sahaja dengan serta-merta. Paling penting, korang akan diberi beberapa pilihan berbeza untuk tujuan yang berbeza.

Menariknya, dengan ciri Summarize & Translation pada siri Samsung Galaxy S24 Series ni, ia boleh membantu meringkaskan perkara penting daripada nota untuk rujukan korang serta dapat menterjemah teks kepada pelbagai jenis bahasa tau!

Paling penting, siapa yang selalu typo, jangan risau sebab dengan ciri Correct Spelling, AI akan beri pilihan format ejaan dan tarikh serta masa yang betul pada nota serta dengan Summary & Classification, ia boleh kategorikan nota korang berdasarkan cadangan AI. 

Lebih Banyak Pilihan Untuk Edit Gambar, Barulah Senang Hati Muat Naik Di Media Sosial!

Kalau korang suka tangkap banyak gambar, mesti korang akan edit dulu gambar-gambar tersebut sebelum muat naik ke media sosial kan? Dah kena buka aplikasi ketiga yang mana bagi kami tak perlu pun, kalau korang ada Galaxy AI dalam peranti korang.

Sebab itulah kami teruja sangat nak kongsi dengan korang tentang Galaxy AI yang ada pada siri Samsung Galaxy S24 Series ni sebab ia menyediakan pelbagai peralatan untuk korang edit gambar-gambar yang korang tangkap tanpa perlu membuka aplikasi ketiga. 

Menariknya, bukan saja ada ciri Background Fill yang membantu melaraskan sudut imej, malah dia dapat memberikan beberapa pilihan latar belakang baru untuk mengisi ruang di sekeliling subjek dalam gambar. 

Bukan itu saja, malah dengan adanya ciri Re-composition, ia boleh mengalihkan, buat atau mengubah saiz orang atau objek dan mengisikan sebarang ruang kosong pada latar belakang dalam gambar, menjadikan gambar korang kelihatan lebih cantik! Bestnya!

Lagi best, edit gambar kini lebih mudah dengan Edit Suggestion yang mana AI akan cadangkan beberapa ciri untuk edit pada gambar seperti Portrait effect, Remove reflection, Remove shadows, Remove moire, Background effect, Long exposure, Remaster, dan Object eraser.

Paling penting, Samsung Galaxy S24 Series kini hadir dengan ciri Instant Slow-MO yang mana ia boleh bantu memperlahankan detik-detik indah pada video korang supaya video yang dirakam akan kelihatan lebih emosional. Terbaiklah!

Haa, banyakkan ciri bagus yang ada pada Samsung Galaxy S24 Series dengan bantuan Galaxy AI ni?

Tak Perlu Susah Payah Buka Tab Baru, Bulatkan Saja Terus Keluar Info!

Kalau korang suka membaca secara dalam talian, mesti korang pernah alami masalah seperti buka tab baru untuk menterjemah perkataan yang sukar difahami betul tak? Ish, ish, ish membazir masa je, dan terjemahan pun bukan betul ikut konteks.

Macam yang kami cerita tadi, daripada korang buka tab baru semata-mata untuk menterjemah, lebih baik korang guna ciri Circle to Search with Google sebab korang hanya perlu bulat perkataan yang tak difahami, dan AI akan terus menterjemah tanpa lari konteks. Baguskan?!

Lagi bagus dengan AI ni, bukan setakat terjemah, malah ia juga beri maksud dan informasi yang lebih terperinci untuk korang lebih faham terhadap perkataan tersebut. Pergh, ciri ini yang sepatutnya ada dalam telefon pintar!

Sebab itu lah kenapa kami suka sangat dengan ciri Galaxy AI yang ada pada siri Samsung Galaxy S24. 

Jom Jadi Lain Daripada Lain Dengan Samsung Galaxy S24 Series!

Haa, banyakkan ciri-ciri mantap yang ada pada keluaran siri baru Samsung Galaxy S24 Series ni? Siap ada Galaxy AI lagi, memang Samsung betul-betul tapau pasaran telefon pintar!

Jadi, korang tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menggunakan semua teknologi AI yang ada pada Samsung Galaxy S24 Series dengan pra-tempah sekarang juga! 

Psst, macam yang korang tahu, Samsung tak pernah terlepas untuk bagi tawaran hebat kalau korang pra-tempah tau! Jadi, kalau korang pra-tempah bermula 18 Januari hingga 6 Februari 2024, korang dapat menikmati antara tawaran hebat seperti:

– Peningkatan Storan Berganda bernilai RM500

– E-baucar bernilai RM500

– Trade-in sehingga RM650

– PWP untuk Tablet dan Wearables sehingga RM800, Samsung Care+ serta Aksesori pada diskaun sehingga 45%

Fuh, banyak tu Samsung nak bagi! Jadi, jom pra-tempah sekarang juga dengan layari laman web rasmi Samsung!

Selain itu, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Galaxy AI, korang juga boleh layari laman web rasmi Samsung.

Kalau korang nak tips untuk buatkan gambar korang kelihatan cantik dengan kamera AI pada peranti Galaxy, korang KLIK DI SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas