Connect with us

Oh! Media

Kecoh iPhone 15 Pro Cepat Panas, Kuo Dakwa Ia Bukan Disebabkan Cip A17 Pro

Iphone15pro apple ohmedia

Oh! Geekz

Kecoh iPhone 15 Pro Cepat Panas, Kuo Dakwa Ia Bukan Disebabkan Cip A17 Pro

Sejak iPhone 15 mula dijual, banyak aduan yang dapat kita lihat di soisal media apabila rata-rata mendakwa siri iPhone 15 Pro dan 15 Pro max mengalami masalah pemanasan melampau.

Mereka mendakwa peranti ini akan terasa panas dari kebiasaan ketika mengambil gambar, menggunakan cas, dan membuka aplikasi media sosial.

Disebabkan itu, ramai yang menyalahkan cip A17 terbaru dari Apple menjadi punca dan masih belum sedia untuk diguna.

IKLAN

Penganalisa terkemuka, Ming-Chi Kuo bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyatakan kepanasan itu datang dari penggunaan kerangka titanium dan sistem penyejukan yang tidak baik.

Ini sekaligus menyebabkan peranti yang nipis dan ringan mudah menyebarkan haba ketika ia digunakan pengguna.

Kuo dalam pada itu memaklumkan, pihak Apple akan mengeluarkan kemas kini perisian bagi menyelesaikan masalah ini. Apple juga dijangka akan mengurangkan prestasi cip.

Bagaimanapun, pihak Apple masih mendiamkan diri dan kita masih menunggu kenyataan rasmi mengenai permasalahan ini.

KrediT: Amanz

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas