Connect with us

Oh! Media

Jimat Kos, Kini Pemilik Iphone Dah Boleh Baiki Sendiri Telefon?

Article 3 18 11

Oh! Tech

Jimat Kos, Kini Pemilik Iphone Dah Boleh Baiki Sendiri Telefon?

Ya! Apple kini telah mengumumkan bahawa pemilik iPhone dan peranti lain keluaran Apple di Amerika Syarikat (AS) sudah boleh membaiki sendiri peralatan yang mereka miliki.

BACA: Apple Umum AirPods 3 Yang Mampu Bertahan Sehingga 6 Jam Penggunaan

Jadi, pengguna Apple sekarang ini dah tak perlu menghabiskan wang ringgit dan masa untuk menghantar peranti yang rosak ke pusat servis bertauliah Apple. Syoknya!

IKLAN

Fokus kepada skrin, bateri dan kamera

Pemilik Iphone

Menurut laporan Kosmo, program Baik Pulih Layan Diri ini akan bermula di Amerika Syarikat dengan menawarkan alatan dan alat ganti kepada pengguna iPhone 12 atau 13. Servis yang ditawarkan pula bermula dengan bahagian yang selalu rosak, seperti skrin, bateri dan kamera.

Program ini akan diperluas di negara lain juga pada tahun hadapan, sekaligus melibatkan beberapa model komputer mac yang boleh dibaiki sendiri juga.

Dalam tempoh tiga tahun lepas, Apple hampir menggandakan bilangan lokasi perkhidmatan yang menawarkan alat ganti tulen, peralatan dan latihan.

Kini, kami memberikan lebih pilihan kepada pelanggan yang ingin membaiki peranti mereka sendiri dengan menyediakan akses yang lebih meluas. – Ketua Pegawai Operasi Apple, Jeff Williams.

Sebelum ini Apple hanya membenarkan pengguna untuk melakukan servis baik pulih peranti yang mereka miliki di tempat-tempat yang tertentu sahaja. Perkara ini menyebabkan kos yang tinggi dan jangka masa yang agak lama untuk menunggu peranti yang dihantar siap di servis.

Mesti ini merupakan berita yang baik kan untuk semua pemilik iPhone dan pengguna Apple? Dah tak payah nak tunggu lama hantar komputer mac dan iPhone untuk servis dekat kedai. Dah boleh buat sendiri je. Yay!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas