Connect with us

Oh! Media

iPhone SE 2022 Kini Boleh Di Pra-Tempah, Harga Bermula RM2,099

Oh! Tech

iPhone SE 2022 Kini Boleh Di Pra-Tempah, Harga Bermula RM2,099

Sebelum ini, Apple telah melancarkan model iPhone mampu milik mereka iaitu iPhone SE 2022.

ADVERTISEMENT

BACA : Apple Lancar iPhone SE 2022 Dengan Cip A15 Bionic, Harga Bermula Sekitar RM2.1k

Inilah pilihan yang tepat kerana iPhone SE ini masih menggunakan Touch ID bagi sesiapa yang masih meminati rekabentuk iPhone generasi lama.

iPhone SE terbaru ini hadir dengan cip yang sama digunakan pada iPhone 13 iaitu A15 Bionic dan turut menyokong rangkaian 5G.

Untuk skrin, ia didatangkan dengan 4.7 inchi Retina HD Display. Model SE terbaru ini hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Midnight, Starlight dan juga Red. 

Untuk storan, ia ditawarkan dengan pilihan 64GB, 128GB, dan 256GB pada harga bermula RM2099. Pra-tempahan boleh dilakukan bermula harini bagi sesiapa yang berminat ya.

Kredit: Apple Store

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas