Connect with us

Oh! Media

Apple Lancar iPhone SE 2022 Dengan Cip A15 Bionic, Harga Bermula Sekitar RM2.1k

34852dea eba5 4ca1 abef c2cc3e85280d

Oh! Tech

Apple Lancar iPhone SE 2022 Dengan Cip A15 Bionic, Harga Bermula Sekitar RM2.1k

Menerusi Apple Event yang berlangsung sebentar tadi, Apple telah melancarkan model iPhone mampu milik mereka iaitu iPhone SE 2022. Apa agaknya yang menarik kali ini?

BACA : iPhone 13 Dan 13 Mini Dilancarkan, Harga Bermula RM3,399 Dengan Storan Sebesar 128GB

Bagi sesiapa yang masih meminati rekabentuk iPhone generasi lama, inilah pilihan yang tepat kerana iPhone SE 2022 masih menggunakan Touch ID.

IKLAN
C95eb379 f186 487f 8ef4 168daf22a6df

Seperti yang dijangka, ia hadir dengan cip yang sama digunakan pada iPhone 13 iaitu A15 Bionic dan turut menyokong rangkaian 5G.

Untuk skrin, ia didatangkan dengan 4.7 inchi Retina HD Display. Model SE terbaru ini hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Midnight, Starlight dan juga Red. 

Untuk storan, ia ditawarkan dengan pilihan 64GB, 128GB, dan 256GB pada harga bermula RM2099. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh membuat pra-tempah bermula 18 Mac 2022 ini ya.

Kredit: Apple Event

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas