Oh! Tech

iPhone Pertama Gunakan USB-C Dijual Pada Harga Lebih RM350k?

Published on

Pasti ramai mengimpikan iPhone yang hadir dengan port USB-C kan? Bagaimanapun, Apple masih lagi mengekalkan port Lightning pada iPhone terbaru mereka yang dilancarkan baru-baru ini.

BACA : Microsoft Berjaya Atasi Apple Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia

Menurut laporan Fuzz.my, seorang jurutera dari Switzerland telah berjaya mengubahsuai sebuah iPhone X menggunakan port USB-C. Ianya juga berfungsi dengan sepenuhnya, tiada langsung masalah dari segi pemindahan data dan pengecasan. Pergh! Memang terbaik.

iPhone X yang dikatakan itu sebelum ini diiklankan di eBay untuk dijual secara bidaan dan ianya telahpun terjual pada harga RM357,000 bersama beberapa syarat yang ditetapkan jurutera tersebut. Ada yang sanggup ya!

Disebabkan ianya adalah sebuah prototaip, pembeli diingatkan supaya tidak mengemas kini, tidak boleh melakukan factory reset, tidak digunakan sebagai peranti harian.

Rasa macam menyusahkan pula! Sesiapa yang berminat nak buat perkara yang sama pada iPhone X, korang boleh ikut cara-cara melakukannya pada video berdurasi 14 minit yang telah dimuatnaik jurutera berkenaan.

Kredit: Fuzz.my 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version