Connect with us

Oh! Media

Apple Sekali Lagi Akan Disaman Brazil Kerana Tiada Pengecas Untuk Setiap Pembelian iPhone 13

Ohmedia iphone13

Oh! Tech

Apple Sekali Lagi Akan Disaman Brazil Kerana Tiada Pengecas Untuk Setiap Pembelian iPhone 13

Seperti yang kita semua ketahui, Apple dengan konsisten mengekalkan pengeluaran produk iPhone mereka tanpa pengecas untuk tahun ke-2. Selepas melakukan perkara itu bagi produk iPhone 12, Apple sekali lagi tidak menyediakan plug pengecas bagi model iPhone 13. Alasan yang diberikan adalah demi menjaga alam sekitar. Bagus sangat erk!

BACA: Ini Rupa Kotak Siri iPhone 13 Tanpa Plastik, Digantikan Dengan Tape Kertas

Nampaknya, organisasi perlindungan pengguna Brazil sekali lagi akan mengeluarkan saman ke atas Apple kerana tidak menyediakan pengecas. Mereka sebelum ini turut melakukan perkara sama dengan mengenakan saman sebanyak $1.9 juta (RM7.9 juta) ke atas Apple bagi model iPhone 12.

IKLAN
Iphone 13 and 13 pro feature gold

Alasan yang diberikan organisasi ini adalah pengguna sememangnya sudah menjangka akan menerima pengecas dalam setiap pembelian telefon pintar. Pengarah Eksekutuif Procon-SP, Fernando Perez turut menegaskan yang sekiranya Apple tidak memberikan pengecas, iPhone sepatutnya menjual pada harga yang lebih murah.

201014 apple iphone charger

Dalam pada itu, pihak autoriti Brazil turut dilaporkan tidak berpuas hati dengan maklumat yang diberikan pihak Apple. Mereka mendakwa pengecualian pengecas pada iPhone 13 perlu dihebahkan dengan lebih meluas dan bukan hanya dinyatakan melalui laman web.

Image 28

Apapun iPhone 13 masih mendapat sambutan hangat seperti biasa di seluruh dunia. Bagi pasaran Malaysia, korang boleh lakukan tempahan bermula tengah malam ini 1 Oktober 2021 dan akan mula dihantar bermula 8 Oktober 2021. Selamat membeli!

Kredit: Apple Insider

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas