Connect with us

Oh! Media

Huawei Lancar 50 Pocket, Telefon Boleh Lipat Pertama Mereka Dengan Skrin Jenis Clamshell

4ab898eb 3841 442b aa76 f596aac9c207

Oh! Tech

Huawei Lancar 50 Pocket, Telefon Boleh Lipat Pertama Mereka Dengan Skrin Jenis Clamshell

Baru-baru ini, Huawei telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar terbarunya yang boleh lipat iaitu Huawei 50 Pocket. Siapa yang berminat dengan telefon jenis boleh lipat ni?

BACA : Lebih Gaya Dengan Prestasi Memukau, Lengkapkan Gaya Hidup Dengan HUAWEI nova 9 & WATCH GT 3

Menurut laporan Fuzz.my, ini merupakan telefon pintar pertama Huawei yang didatangkan dengan skrin boleh lipat jenis clamshell.

IKLAN
Bc22f5f6 0f07 4b59 a52d 13ebc4f7b443

Untuk spesifikasi, Huawei 50 Pocket ini hadir dengan skrin sebesar 6.9 inci OLED boleh lipat yang menyokong sehingga 120Hz kadar segera. Ia juga mempunyai skrin sebesar 1.04inci OLED LED berbentuk bulat di bahagian belakang.

Ianya dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 888 4G yang dilengkapi dengan pilihan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Pergh! Memang terbaik.

3727f047 c728 418d 8117 52cc3035628a

Untuk bateri, ia didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang juga menyokong 40w pengecasan pantas. Tidak kurang juga untuk pengalaman fotografi sebab ianya hadir dengan kamera belakang iaitu 48MP sudut lebar + 13MP ultra lebat + 32 MP kamera spektrum ultra. Kamera depan pula hadir dengan 10.7MP.

Bagi sesiapa yang berminat, ianya mungkin dijual pada harga bermula RM5,924 sehingga RM7,241 bagi model yang paling tinggi spesifikasinya.

Rasanya masuk Malaysia ke tak? Apapun, tunggulah sehingga ianya diumumkan Huawei nanti.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas