Connect with us

Oh! Media

Google Akan Selesaikan Masalah Skrin Pada Pixel 6 Dengan Kemaskini Baru Disember Ini

B6768913 28fd 4aaf 9cd8 03e0f99ac606

Oh! Tech

Google Akan Selesaikan Masalah Skrin Pada Pixel 6 Dengan Kemaskini Baru Disember Ini

Terdapat pengguna yang telahpun memiliki siri Google Pixel yang baru saja dilancarkan pada 28 Oktober lepas. Disebabkan itu, ada laporan yang mengatakan terdapat beberapa masalah yang dihadapi pada telefon pintar berkenaan.

BACA : Google Pixel 6 Bermasalah, Tiba-Tiba Skrin Jadi Hijau?

Sebelum ini, ada pengguna yang mengatakan bahawa Pixel 6 mereka mempunyai masalah skrin berkelip-kelip, skrin jadi hijau dan lain-lain lagi. 

IKLAN

Disebabkan itu, pihak Google tak duduk diam dan memberikan maklumbalas tentang hal berkenaan. 

Menurut laporan Fuzz.my, Google telahpun mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pengguna pada telefon pintar terbaru mereka itu dan akan menyelesaikanya menerusi kemaskini yang di jangka keluar pada bulan Disember nanti.

Google juga memaklumkan bahawa masalah yang dialami pengguna tidak mempunyai kaitan dengan sebarang perkakasan telefon itu sendiri. 

Biasalah tu, apapun Google Pixel punya kamera memang tidak menghampakan seperti keluaran model-model sebelum ini.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas