Connect with us

Oh! Media

England Negara Pertama Di Dunia Jadikan Vape Sebagai Produk Perubatan?

vaping

Oh! Tech

England Negara Pertama Di Dunia Jadikan Vape Sebagai Produk Perubatan?

Memang tidak dapat dinafikan ada sesetengah perokok tegar mengatakan rokok elektronik atau vape adalah alat yang boleh membuatkan mereka berhenti merokok. Vape juga dikatakan mampu menghilangkan ketagihan merokok seseorang. Bagaimanapun, sesetengah pakar kesihatan masih melihat vape adalah satu produk yang tidak sihat, bahkan lebih bahaya dibangding dengan rokok. Betul ke?

ADVERTISEMENT

BACA: Hisamudin Yahaya Cadang Kerajaan Naikkan Cukai Vape

Tapi lain pula dengan apa yang dilakukan England apabila menjadi negara pertama di dunia mengiktiraf vape sebagai produk perubatan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) di mana rokok elektronik akan menjadi alat pilihat untuk mereka yang ingin berhenti merokok.

Dengan mengikut sains, UK telah menjadi perintis global dalam mengambil tindak balas yang pragmatik dan berkadar terhadap vape sebagai manfaat kesihatan awam. – Kata Harry Shapiro, pengarah badan amal dadah DrugWise dan pengarang utama laporan mengenai pengurangan bahaya tembakau global, Vice World News.

Pihak MHRA bagaimanapun mengakui vape masih boleh membahayakan kesihatan tetapi ia lebih baik dari merokok. Kajian saintifik juga mendapati vape 95 peratus lebih selamat daripada mengambil rokok. Ini kerana, vape tidak mengandungi tar atau karbon monoksida.

Kredit: Vice News

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas