Connect with us

Oh! Media

Hisamudin Yahaya Cadang Kerajaan Naikkan Cukai Vape

Trending

Hisamudin Yahaya Cadang Kerajaan Naikkan Cukai Vape

Rokok eletronik atau dikenali sebagai vape adalah alat pengewapan yang digunakan menyedut dan mendapatkan rasa seakan menghidap rokok tanpa membakar sebarang tembakau.

ADVERTISEMENT

BACA: Peraturan Untuk Vape Di Malaysia?

Menurut sumber, lebih dari 80 peratus bekas perokok di Malaysia menganggap vape sebagai kaedah terbaik bagi menghentikan kebiasaan merokok.

Setakat ini, industri vape tempatan dilihat sedang berkembang pesat sejak bertahun-tahun dan kini, dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.

Oleh sebab itulah industri ini perlu dikawal kerajaan daripada segi penggunaan bahan yang digunakan dalam memastikan ia mematuhi undang-undang.

Hisamudin Yahaya cadang kerajaan naikkan cukai vape

Melihat akan keuntungannya kepada ekonomi, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya menyarankan kerajaan untuk menaikkan cukai vape.

Menurutnya, tindakan itu mampu menambahkan pendapatan negara oleh kerana sebelum ini, kadar 40 sen telah dikenakan bagi setiap mililiter (ml).

Tambahnya lagi, kadar 40 sen yang dikenakan dilihat agak rendah selepas melihat sumbangan industri itu dijangka mencecah RM10 Bilion.

Kerajaan juga perlu mengenakan cukai kepada cecair bernikotin untuk memaksimumkan hasil kutipan cukai terhadap industri rokok elektronik ini.

Mengulas lanjut semasa membahaskan Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020, beliau menganggap kutipan hasil suku tahun ini dilihat rendah.

Kutipan eksais cecair vape berjumlah RM100,000 pada suku tahun ini, ia jauh lebih rendah berbanding anggaran industri sebanyak RM300 juta setahun.

Hal itu disebabkan oleh pelaksanaan eksais rokok eletronik yang hanya tertumpu kepada cecair tanpa nikotin. Jelasnya, ia hanya mewakili tiga peratus dari keseluruhan pasaran.

Jika kerajaan mengenakan cukai kepada cecair bernikotin ini, saya percaya ia adalah satu sumber baru ekonomi negara

Tambahnya, sebanyak 97 peratus selebihnya adalah cecair vape bernikotin yang kini tidak dikawal selia dan tidak dikenakan cukai.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas