Connect with us

Oh! Media

Cipta Meja Kerja Berdiri Dengan RM999 Sahaja

Oh! Khai

Cipta Meja Kerja Berdiri Dengan RM999 Sahaja

Cipta Meja Kerja Berdiri Dengan RM999 Sahaja

Untuk mewujudkan meja kerja yang boleh digunakan dalam posisi berdiri, kita perlu ada bajet sekurang-kurangnya RM999 sahaja (smartdesk tak murah tau). Ergonomic Smartdesk seperti jenama popular OMNIDESK dan AUTONOMOUS, rata-ratanya memerlukan modal. Paling kurang pun RM2000 dan atas.

ADVERTISEMENT

Untuk menyiapkan meja kerja yang agak ringkas dengan bajet yang agak rendah, kali ni saya cuba cari jenama tempatan dan antara yang popular adalah jenama ANEW. Pembelian saya lakukan terus melalui aplikasi ATOME dengan pilihan bayaran sebanyak 3 kali iaitu RM333 setiap bulan. Bagusnya ATOME ini, kita ada pilihan untuk bayar sekurang-kurangnya 3 kali tanpa ada sebarang caj lain (selagi kita tak lupa untuk bayar semula setiap bulan).

standing workspace

Pembelian tu datang sekali dengan Premium PU Leather Desk Mat tu (RM129), dan Multi-Purpose Anti-Fatigue Mat (RM229) secara percuma. Sekarang, saya tak pasti masih dapat free sekali atau tidak (boleh rujuk di website ANEW).

Anti-Fatigue Mat tu sumpah best bila korang plan nak buat kerja sambil berdiri. Bila pijak memang tenggelam dan sangat membantu kita buat kerja sambil berdiri untuk tempoh yang lama tanpa rasa penat atau sakit di tapak kaki.

meja kerja boleh laras

Oleh kerana smartdesk ni boleh dilaraskan secara auto atau memori, korang boleh gunakan untuk buat kerja sambil duduk juga kalau baru nak wujudkan workspace pertama. Itu bagusnya bila guna smartdesk, samaada kita berdiri atau duduk, kita boleh adjust position yang ergonomic untuk mengikut ketinggian kita sendiri. Sebab tu tak sama kalau setakat nak buat kerja berdiri letak laptop atas tembok rumah dan sebagainya.

Baca: Oh! Media Kongsi Function Mini Aircond Buatkan Netizen Rasa Nak Beli Satu!

Kelainan Yang Dapat Dinikmati Dengan Meja Kerja Berdiri

Pengalaman seminggu kerja sambil berdiri sepenuhnya, saya personally dapat rasa lebih produktif serta kurang distraction. Ye la, mana mungkin nak singgah tengok Youtube atau buka Netflix tengok sambil berdiri kan? Memang takde buang masa punya. So kita betul-betul akan fokus nak siapkan kerja dengan secekap mungkin sebab kau berdiri kot!

Selain itu, kita kena faham yang buat kerja duduk (jika terlalu lama) akan mendatangkan mudarat pada kesihatan pada diri kita sendiri contohnya sakit tulang belakang, sakit sendiri, kerosakan fungsi hati, dan banyak lagi. Jadi, paling tidak, bagi saya semua orang perlu ada satu smartdesk di rumah yang boleh dilaras tinggi atau rendah. Pada harga RM999 untuk sebuah smartdesk, ianya merupakan satu pelaburan yang bermakna bagi tempoh masa yang panjang.

Work smarter, not harder!

Sumber: Instagram @ohkhai

Lagi dalam kategori Oh! Khai

Ke Atas