Connect with us

Oh! Tech

Celcom & Digi Bincang Bergabung, Jadikan Syarikat Telekomunikasi Gergasi Terbesar Di Asia Tenggara

Teknologi yang kian berkembang maju seiring dengan arus masa menjadikan Malaysia merancang untuk melancarkan 5G melalui Special Purpose Vehicle (SPV) milik kerajaan pada akhir tahun ini.

The Star melaporkan telco Celcom dan Digi meneruskan perbincangan untuk proses penggabungan dalam melancarkan 5G.

IKLAN

Sekitar 2019, kedua-dua Telenor dan Axiata telah mengumumkan perancangan mereka untuk membentuk penggabungan, namun selepas beberapa bulan rancangan itu diberhentikan.

Penggabungan itu seharusnya merangkumi beberapa anak syarikat di 9 negara di mana ia mempunyai jumlah penduduk melebihi 1 bilion orang.

Namun, penggabungan itu akan dijalankan semula setelah Digital Nasional Berhad (DNB) ditugaskan untuk melancarkan rangkaian 5G Malaysia. Dalam pada itu, SPV akan menjadi entiti tunggal bagi menguruskan penggunaan spektrum dan infrastruktur 5G di seluruh negara.

Dengan itu, tidak ada perbezaan dari segi liputan rangkaian antara syarikat telekomunikasi malahan mereka terpaksa bersaing dengan harga dan penawaran perkhidmatan yang disediakan.

Kredit: Malaymail

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas