Connect with us

Oh! Media

Tune Talk Lancar Pek Epik! Lengkap 5G Dengan Harga Tak Masuk Akal!

Oh! Tech

Tune Talk Lancar Pek Epik! Lengkap 5G Dengan Harga Tak Masuk Akal!

Tune Talk, pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) yang kini pesat berkembang di Asia Tenggara memperkenalkan pelan prabayar terbaru, Pek Epik! yang dilengkapi dengan 5G.

ADVERTISEMENT

Pek Epik! Tune Talk diperkenalkan untuk pengguna rasai pengalaman digital yang epik dengan kelajuan unggul. Itu sebab nama dia Pek Epik! Apa yang menariknya dengan pelan ni? Meh kami share

Ada 3 tawaran Pek Epik! yang korang boleh pilih mengikut kegunaan dan bajet masing-masing iaitu Epik 35, Epik5G 45 dan Epik 50.

Epik 35

Dengan pakej Epik 35, korang boleh dapat data sebanyak 130GB dengan 5GB hotspot. Bukan tu jer, korang boleh akses aplikasi chat, sosial & video yang popular termasuk WhatsApp, WeChat, Viber, Line, imo, TikTok, Instagram, X, YouTube, Youtube Kids, Netflix, Viu, Astro Go dan iQiYi tanpa had. Maknanya, 130GB yang ada tu korang guna untuk aplikasi yang tidak tersenarai. Memang terbaik!

Epik5G 45

Ini dia SIM prabayar 5G TuneTalk yang pertama dicipta untuk korang ‘layan’ kelajuan internet sambil memaksimumkan produktiviti tanpa had (tertakluk kepada polisi penggunaan saksama 70GB). Bukan tu jer, korang juga boleh kongsi hotspot sebanyak 30GB dan semuanya pada harga RM45 jer. 

Epik 50

Kalau Epik5G 45 pun korang dah ‘wow!’, ini pula pelan Epik 50 yang menawarkan 500GB data internet pada 6Mbps (promosi terhad sehingga 31 Disember 2023). Confirm tak pening kepala pasal internet dah lepas ni!

Bukan tu jer, Epik 50 ini juga menawarkan pengalaman definisi tinggi untuk peminat video pada aplikasi-aplikasi atas permintaan (VOD). Korang juga boleh kongsi 5GB hotspot berkelajuan tinggi dan semuanya dengan hanya RM50/bulan. Mantap gila!

Pek Epik! ini akan tersedia di seluruh negara bermula hari ini, 27 Oktober 2023. Sekiranya korang berminat dan nak tahu maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/ dan ikuti Tune Talk di semua platform media sosial mereka ya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas