
Oh! Tech
Celcom Bersama Digi Lancar Kedai Atas Talian, Jual Pelbagai Telefon Pintar Dengan Harga Tak Masuk Akal
Oleh
Sejak setahun yang lalu, penggabungan Celcom dan Digi sudah ditentukan dan menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.
Penggabungan CelcomDigi ini telah melancarkan kedai atas talian dengan menggunakan URL https://shop.celcom.com.my/home.

Antara peranti yang ditawarkan dengan harga yang menarik di dalam kedai atas talian ini adalah Samsung, Apple, Oppo, Vivo dan Honor. Tambahan, aksesori seperti jam tangan pintar dan AirPods juga ditawarkan.
Dengan potongan harga sehingga RM1,000 dan penghantaran secara percuma, pelanggan Celcom dan Digi juga boleh menaiktaraf peranti mereka sekarang dengan peranti yang baharu.
Antara peranti yang ditawarkan adalah Samsung Galaxy Z Fold3 5G pada harga RM5,699 dan peranti 5G pada harga serendah RM899. Untuk maklumat lanjut dan syarat lengkap pembelian boleh ke laman web rasmi.
Kredit: amanz
