Connect with us

Oh! Media

Ciri-Ciri Keselamatan Perodua Axia 2023 Diiktiraf ASEAN NCAP Dengan 4 Bintang

20230210 105852 0000

Oh! Gear

Ciri-Ciri Keselamatan Perodua Axia 2023 Diiktiraf ASEAN NCAP Dengan 4 Bintang

Minggu ini warganet telah mendapat berita mengenai model terbaru Perodua Axia 2023 yang telah dinanti-nantikan.

BACA: Sah! Ini Rupa Luaran Dan Dalaman Perodua Axia 2023, ‘Awek’ Confirm Suka

Siapa sangka, model hatchback ini telah menerima tempahan sebanyak 3,500 unit sejak syarikat itu membuka pra-tempahan pada 1 Februari.

IKLAN

Ujian keselamatan

Perodua axia 2023 1089x700 2

Menurut laman web rasmi ASEAN NCAP, model terbaru milik syarikat Perodua ini telah menerima pengiktirafan 4 bintang berdasarkan ujian kemalangan yang dijalankan.

Screenshot 20230210 111808 drive

Model Perodua Axia 2023 ini juga layak mendapat pengiktirafan berikut kerana dilengkapi dengan ciri-ciri:

  1. Autonomous Emergency Braking (AEB)
  2. Lane Departure Warning
  3. Forward Collision Warning
  4. Lane Keep Assist
  5. Rear Cross Traffic Alert
  6. Anti-Lock Braking System
  7. Blind Spot Detection
  8. Electronic Stability Control (ESC)

ASEAN NCAP memaklumkan ini merupakan kali kedua Perodua Axia menjalani penilaian tersebut. Kali pertama dijalankan pada 2014 di mana model jenis itu juga mencapai penarafan 4 bintang bagi kategori AOP dan COP.

Di bawah protokol penilaian 2021-2025 semasa, Axia baharu menjalani penilaian yang ketat dengan dua kategori penilaian tambahan. Ia mencapai penarafan maksimum 5 bintang untuk kategori AOP, COP dan Safety Assist (SA).

Ha, macam mana? Bukan biasa-biasa juga Axia baru ni, bukan?

Kredit: ASEAN NCAP

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas