Connect with us

Oh! Media

Banyak Aplikasi Masih Tidak Menyokong Fungsi ProMotion 120Hz Pada Siri iPhone 13 Pro

iPhone 13

Oh! Tech

Banyak Aplikasi Masih Tidak Menyokong Fungsi ProMotion 120Hz Pada Siri iPhone 13 Pro

Pra-tempahan siri iPhone 13 di pasaran Malaysia akan dibuka pada 1 Oktober ini. Korang dah ready ke tu? Salah satu fungsi menarik yang dibawakan pada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max adalah Promotion 120Hz. Pergh! Terbaik.

ADVERTISEMENT

BACA : Ini Rupa Kotak Siri iPhone 13 Tanpa Plastik, Digantikan Dengan Tape Kertas

Menurut laporan Fuzz.My, fungsi tersebut masih belum menyokong kebanyakkan aplikasi lagi buat masa ini dan dibatasi pada 60Hz. Bukan tu jer, fungsi Promotion juga dikatakan tidak berfungsi dengan konsisten. 

Apple telah mengesahkan perkara ini dan mengatakan bahawa fungsi Promotion itu masih belum menyokong pada aplikasi pihak ketiga secara konsisten, tapi menyokong aplikasi yang dibangunkan mereka. 

Pembangun perlu mengaktifkan kadar segera yang lebih tinggi agar Promotion 120Hz ini dapat diguna pakai pada aplikasi pihak ketiga.

Walaubagaimanpun, Apple dikatakan akan mengemas kini perisian untuk menyelesaikan masalah ini dan akan menyediakan dokumentasi kepada pembangun bagi menjalankan aplikasi pada kadar segar 120Hz. Takpe, slowly but surely.

Kredit: Fuzz.my | 9to5Mac

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas