Connect with us

Oh! Media

iPhone 13 Dan 13 Mini Dilancarkan, Harga Bermula RM3,399 Dengan Storan Sebesar 128GB

iPhone 13

Oh! Tech

iPhone 13 Dan 13 Mini Dilancarkan, Harga Bermula RM3,399 Dengan Storan Sebesar 128GB

Apple telah melancarkan empat model iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 13, 13 Mini, 13 Pro dan 13 Pro Max pagi tadi. Mesti ramai yang nak tahu apa benda menarik pasal iPhone siri terbaru ni? Meh sini kami share dua model untuk iPhone 13 versi ‘mampu milik’ dulu..

ADVERTISEMENT

iPhone 13 didatangkan dengan skrin sebesar 6.1 inci OLED manakala iPhone 13 Mini pula hadir dengan skrin 5.4 inci. Tidak jauh beza dengan model sebelum ini, rekaannya hampir sama dan ditambah baik dengan pelindung seramik yang dikatakan lebih tahan hentakan.

Takuk pada skrin pula lebih kecik berbanding sebelum ini yang menyokong HLG dan Dolby Vision. Pergh! Display confirm puas hati.

iPhone 13 dan 13 mini ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple Bionic A15 yang dikatakan mempunyai 50% kuasa CPU lebih laju serta 30% kuasa GPU lebih pantas.

Untuk kamera belakang, kedua-duanya didatangkan dengan dwi-kamera 12 megapixel yang menyokong ‘night mode’ lebih baik serta ‘cinematic mode’ yang akan memberikan pengalaman rakaman video seakan-akan untuk filem dengan fokus dan penstabilan yang lebih baik.

Ketahan bateri dikatakan lebih tahan dan masih menyokong pengecasan MagSafe. Kedua-dua model ini didatangkan dengan pilihan warna pink, biru, hitam, putih dan merah.

Bagi iPhone 13 akan dijual pada harga RM3,899 untuk storan 128GB manakala untuk storan 512GB pula berharga RM5,299. Bagi iPhone 13 Mini pula, harga untuk storan sebesar 128GB akan dijual pada RM3,399 dan untuk storan 512GB pula berharga RM4,799. 

Kredit: Apple Event

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas