Connect with us

Oh! Media

Apple Bakal Tawarkan Kemaskini Perisian Untuk Atasi Masalah Pemanasan Pada iPhone 15 

apple

Oh! Tech

Apple Bakal Tawarkan Kemaskini Perisian Untuk Atasi Masalah Pemanasan Pada iPhone 15 

Sejumlah pengguna iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sedia menyatakan mengalami masalah pemanasan, di mana peranti mereka menjadi lebih panas daripada biasa apabila digunakan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kecoh iPhone 15 Pro Cepat Panas, Kuo Dakwa Ia Bukan Disebabkan Cip A17 Pro

Kini, Apple telah mengeluarkan kenyataan kepada Forbes, mereka mengesahkan perkara berkenaan dan menyatakan bakal menyediakan kemaskini perisian iOS untuk mengatasinya dalam masa terdekat.

Malah, Apple turut menekankan peranti baharu akan mengalami isu pemanasan pada peringkat awal disebabkan operasinya yang lebih tinggi dalam mengindeks kembali pelbagai kandungan pada peranti baharu. 

Walau bagaimanpun, pada iOS 17 baharu Apple telah mengenal-pasti bugs yang membawa kepada pemanasan yang lebih tinggi.

Apple

Dalam pada itu, Apple dijangka menawarkan kemaskini untuk mengatasi pepijat ini dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, beberapa aplikasi pihak ketiga juga dilihat membuatkan sistem bekerja lebih tinggi, dan membawa kepada masalah pemanasan ini. 

Tambahan, Apple menyatakan sedang bekerjasama dengan pembangun aplikasi ini dalam mengatasi masalah dan memperkenalkan kemaskini aplikasi.

Apple menekankan masalah ini bukan disebabkan oleh rekaan titanium pada iPhone yang baharu, serta menyatakan tiada impak jangka masa panjang untuk iPhone disebabkan hal ini.

Buat masa ini, tiada masa diberikan untuk pengenalan kemaskini iOS yang akan mengatasi masalah pemanasan ini.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Harga iPhone 15 : 128GB: RM4,399 256GB: RM4,899 512GB: RM5,899 Harga iPhone 15 Pro : 128GB: RM5,499 256GB: RM5,999 512GB: RM6,999 1TB: RM7,999 Menariknya iPhone 15 dah pakai USB type C dan ada material Titanium untuk iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Ada bajet? Boleh tempah bermula 22 September 2023. #iphone15 #apple #malaysia

♬ dance(256762) – TimTaj

  • apple
  • apple

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas