Connect with us

Oh! Media

Zahid Hamidi Tegaskan Tidak Desakan Politik Isu Pengampunan Najib, Anak Pula Sedih Daddy Raya Di Penjara

zahid hamidi

Oh! Negara

Zahid Hamidi Tegaskan Tidak Desakan Politik Isu Pengampunan Najib, Anak Pula Sedih Daddy Raya Di Penjara

Politik Malaysia ketika ini sedang hangat diperkatakan tentang mempersembahkan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

ADVERTISEMENT

Dalam pada itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan berlaku desakan politik dalam permohonan itu dan ia mengikut prosedur perundangan sedia ada.

zahid hamidi

Kami sebagai sebuah parti politik tentunya mengikut semua prosedur perundangan sedia ada dan apabila prosedur diikuti, ia terserah kepada Lembaga Pengampunan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim turut menegaskan tidak berbangkit isu siapa yang kemukakan permohonan kerana sesiapa ada hak untuk membuat permohonan.

Anak Najib Razak sedih kenangkan nasib ayah sambut raya di penjara…

Memetik laporan Utusan pula, anak kepada Najib Razak iaitu Nooryana Najwa sedih mengenangkan nasib ayahnya yang tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Keadaan itu menjadikan ia perkara paling sedih yang bakal dilalui ayahnya.

Kredit: BERNAMA | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas