Connect with us

Oh! Media

Zahid Hamidi Pertikai 18 Pemimpin UMNO ‘Diheret’ Ke Mahkamah Lepas BN Kalah

Oh! Negara

Zahid Hamidi Pertikai 18 Pemimpin UMNO ‘Diheret’ Ke Mahkamah Lepas BN Kalah

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada mahkamah bahawa selain daripada didakwa dengan pelbagai kesalahan, pemimpin-pemimpin UMNO juga diugut untuk membubarkan parti itu jika mahu ‘selamat’.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kalau Saya Sertai Bersatu Dan Bubar UMNO, Kubur Saya Akan Dibanjiri Air Kencing” – Zahid Hamidi

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, selain beliau, seramai 17 lagi pemimpin UMNO diheret ke mahkamah antaranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Selepas kemenangan besar parti Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, bermacam-macam pendakwaan yang dihadapi pemimpin UMNO.

Bahkan, Ahmad Zahid turut mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin PH yang berdepan dengan pendakwaan mahkamah ketika itu pula digugurkan daripada kes.

Kami kalah, kami dituduh. Seramai 18 pemimpin UMNO berdepan dengan pelbagai tuduhan mahkamah manakala lebih 81 Ketua Bahagian UMNO juga telah diheret ke mahkamah dan diugut kononnya telah menerima dana dari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jika ini bukan pendakwaan politik, apakah ini? Yang parti menang itu, pemimpin mereka yang dituduh di tarik balik kesnya oleh peguam negara mereka ketika itu. Parti yang kalah pula terus diheret, di ugut di mahkamah.

Inilah contoh pendakwaan politik, ini juga merupakan persepsi umum berhubung pertuduhan-pertuduhan tersebut.

Dalam pada itu, Zahid Hamidi juga mendakwa, Dr. Mahathir mengugut beliau akan berdepan dengan sesuatu sekiranya tidak membubarkan UMNO dan melompat parti dengan menyertai parti yang dipimpin Dr. Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Pengakuan itu juga adalah bukti Tun Mahathir mahu bubarkan UMNO dan saya melompat masuk ke partinya.

Untuk makluman, Ahmad Zahid ketika ini sedang berdepan dengan 47 pertuduhan yang membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.

Kredit: MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas