Connect with us

Oh! Media

“Kalau Saya Sertai Bersatu Dan Bubar UMNO, Kubur Saya Akan Dibanjiri Air Kencing” – Zahid Hamidi

zahid hamidi

Oh! Negara

“Kalau Saya Sertai Bersatu Dan Bubar UMNO, Kubur Saya Akan Dibanjiri Air Kencing” – Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan jika beliau membubarkan UMNO dan sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kuburnya akan dibanjiri air kencing kerana akan ada ramai ahli UMNO datang ke kubur dan kencing di atasnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Saksi Dakwa Ada Hantar Bagasi Berisi Wang Tunai RM3 Juta Kepada Zahid Hamidi

Menerusi laporan Kosmo, sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Zahid Hamidi untuk membubarkan UMNO dan mahu semua ahli UMNO menyertai Bersatu pada tahun 2018.

Dr. Mahathir dendam, suruh lupakan UMNO yang kotor

zahid hamidi

Dr. Mahathir suruh lupakan UMNO yang dah terlalu kotor dan meminta saya untuk menyertai PPBM. Saya menolak untuk bubarkan UMNO. Saya katakan padanya (Dr. Mahathir), ditakdirkan saya sertai PPBM selepas diberi kepercayaan menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden dan esoknya saya mati, kubur saya akan banjir.

Zahid Hamidi mengatakan 3.8 juta ahli UMNO akan datang ke kuburnya dan kencing di atas kubur selepas beliau meninggal dunia kerana menyertai Bersatu.

Beliau juga mendakwa Dr. Mahathir ada perasaan dendam dan cemburu terhadapnya, lebih daripada perasaan cemburu antara suami dan isteri.

Semasa Zahid Hamidi ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), seorang berpangkat Pengarah Cawangan Khas (PCK) menemui dan memintanya untuk tulis surat dan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

PCK minta saya tulis dengan tulisan tangan dan tulis saya dengan rela hati letak jawatan bagi menyelamatkan Pemuda UMNO daripada pelbagai tohmahan. Surat itu kemudian dihantar kepada Presiden UMNO ketika itu iaitu Dr. Mahathir.

Pada pukul 2 pagi, PCK datang semula dan memberitahu saya Dr. Mahathir menerima surat perletakkan jawatan itu tetapi PCK beritahu Dr. Mahathir minta saya tulis satu lagi surat yang menyatakan saya letak jawatan dengan rela hati tanpa sebarang paksaan atau tekanan. Saya tulis surat kedua itu mengikut ayat yang diberikan oleh PCK. Selepas saya menghantar surat itu, saya telah dibebaskan daripada tahanan ISA.

Hakikatnya rasa dendam dan marah datang lebih lama. Dendam dan kecemburuannya dalam politik lebih buruk daripada cemburu di antara suami isteri. Saya tidak berniat untuk memburukkan individu yang dianggap negarawan dan tokoh negara tetapi saya nak mengatakan yang benar. Biarlah saya simpan apa yang dilakukannya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas