Connect with us

Oh! Media

“Wallahi, Saya Tak Terima Satu Sen Pun” -Muhyiddin Jawab Tuduhan Terima RM300 Juta

muhyiddin sprm

Oh! Negara

“Wallahi, Saya Tak Terima Satu Sen Pun” -Muhyiddin Jawab Tuduhan Terima RM300 Juta

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk membantu siasatan membabitkan wang RM300 juta didakwa diterima di bawah projek Jana Wibawa.

ADVERTISEMENT

BACA: SPRM Panggil Muhyiddin Yassin, Tengku Zafrul Dan KJ Untuk Disiasat Isu RM600 Bilion

Memetik laporan Utusan, SPRM memanggil lebih 15 individu termasuk pemimpin Bersatu dan pihak kontraktor untuk merakamkan kenyataan.

Terdahulu, Bersatu didakwa menerima hingga RM300 juta sebagai dana politik daripada kontraktor yang dianugerahkan projek ketika pentadbirannya.

Muhyiddin nafi terima RM300 juta

muhyiddin dana RM300juta

Namun, Muhyiddin menafikan dakwaan itu dan menganggap tuduhan yang dibuat tak berasas. Jelasnya ketika itu, negara dilanda pandemik dan kontraktor bumiputera sangat memerlukan bantuan.

Dakwanya lagi, idea datang daripada Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz dan ia dibawa ke Kabinet sebelum diluluskan.

Wallahi, saya tidak terima satu sen pun. Saya beritahu SPRM bahawa saya tidak mengenali mana-mana kontraktor itu dan pada masa itu, Kementerian Kewangan yang membawa masuk senarai kontraktor. 

Nama-nama kontraktor itu adalah kontraktor yang mendapat kelulusan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bertaraf tiga hingga lima bintang, ada lebih kurang 54 syarikat.

Beliau mencadangkan SPRM memanggil Menteri Kewangan semasa beliau mentadbir jika ingin mendapatkan maklumat lanjut.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas