Connect with us

Oh! Media

“Wakil Rakyat Tidak Dibenarkan Berceramah Di Masjid Dan Surau” – Menteri Besar Perak

Oh! Negara

“Wakil Rakyat Tidak Dibenarkan Berceramah Di Masjid Dan Surau” – Menteri Besar Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani meminta agar wakil rakyat yang bertauliah untuk tidak mengadakan ceramah politik di masjid dan surau di negeri itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ada Orang Gila Ajak Buat PRU” – Menteri Besar Kedah

Saarani berkata demikian bagi menghormati titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah demi menjaga kesucian rumah ibadat daripada aktiviti parti politik.

Bebas dari politik

Selain itu, Menteri Besar itu juga berkata beliau menjunjung titah Sultan Perak untuk tidak berucap meskipun telah dijemput banyak kali ketika menghadiri solat Jumaat.

Pekeliling yang dikeluarkan jelas mengatakan tiada orang politik dibenarkan untuk berucap dalam surau atau masjid termasuk saya sendiri, Menteri Besar adalah Exco Agama Islam dan banyak kali saya dijemput untuk berucap semasa menghadiri solat Jumaat, tetapi saya berpegang dengan titah Sultan Perak dengan tidak menyampaikan ucapan. – Saarani

Saarani turut memaklumkan mana-mana ADUN yang sebelum ini merupakan pemegang tauliah atau ustaz dan menyampaikan kuliah, akan terikat dengan pekeliling baharu yang membolehkan penarikan semula tauliah mengajar mereka.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas