Connect with us

Oh! Media

“Ada Orang Gila Ajak Buat PRU” – Menteri Besar Kedah

Oh! Negara

“Ada Orang Gila Ajak Buat PRU” – Menteri Besar Kedah

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai isu pembubaran parlimen. Namun, isu itu banyak dibantah oleh beberapa pihak negeri termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berikutan cuaca buruk yang bakal melanda.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Dah Selidik Dengan MetMalaysia, Kita Adakan PRU Sebelum Banjir” – Zahid Hamidi

Menurut laporan Berita Harian, beliau menasihatkan agar pengundi tidak memberi sokongan kepada pihak yang mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 itu, berikutan persediaan untuk menghadapi Fasa Peralihan Monsun.

Tak peduli nasib rakyat

Akan tetapi, masih ada pihak yang mengiakan amaran cuaca tersebut dan mendesak untuk berkempen dalam keadaan banjir tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Tiba-tiba ada orang gila ajak buat pilihan raya, ini sejenis gila apabila ajak orang kempen dalam banjir. Dia kata pilihan raya dalam banjir sekalipun kita redah, mereka tak ada kerja hingga sanggup buat kerja ini.

Menteri besar itu berkata, situasi akan menjadi di luar kawalan kepada semua pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan jika pilihan raya diteruskan dalam keadaan banjir.

Beliau juga berharap agar lebih baik pilihan raya tersebut diadakan selepas bulan April 2023, berikutan cuaca diramal akan kembali pulih.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas