Connect with us

Oh! Media

Timbalan MB Kelantan Rasa Pelik Kenapa Binatang Liar Lain Tak Masuk Kampung Jika Pembalakan Puncanya

pembalakan

Oh! Negara

Timbalan MB Kelantan Rasa Pelik Kenapa Binatang Liar Lain Tak Masuk Kampung Jika Pembalakan Puncanya

Tak sangka pula isu pembalakan dan harimau ni ada sambungan. Pengarah Perhutanan Kelantan sebelum ini teruk dikecam netizen apabila mengeluarkan kenyataan pembalakan baik untuk populasi harimau. Kali ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah pula mengeluarkan kenyataan tentang isu ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Jangan Kecam Dulu! Ini Alasan Pengarah Perhutanan Kelantan Kata Pembalakan Baik Untuk Populasi Harimau

Beliau mempersoal “jika benar pembalakan menyebabkan harimau keluar, mengapa binatang liar lain seperti gajah, beruang dan sebagai tidak berkeliaran di perkampungan Orang Asli?”.

Pertahan Kelantan amalkan pembalakan mampan

Yang dia (Pengarah Perhutanan Abdul Khalim Abu Samah) sebut itu betul… ada kajian orang buat.. WWF (Tabung Hidupan Liar Sedunia).

Berdasarkan pandangan itu makna pembalakan ini… maksudnya pembalakan terpilih boleh bantu pengurusan hutan. Tak bangkitlah isu orang salahkan pembalakan seolah-olah pembalakan menyebabkan harimau keluar.. banjir dan lain-lain. Semua itu tak betul, kita amalkan ‘sustainable logging’ (pembalakan mampan).

Dalam pada itu, Mohd Amar turut menjelaskan yang negeri Kelantan telah membahagikan hutan simpan kepada dua tujuan. Hutan simpan pertama ditetapkan untuk perlindungan dan hutan simpan kedua adalah untuk pengeluaran khusus bagi aktiviti pembalakan.

Kelantan juga dikatakan mempunyai keluasan ratusan ribu hektar yang tidak diusik. Jadi, Mohd Amar meminta agar orang ramai tidak menyalahkan pembalakan sebagai punca utama harimau keluar atau kejadian banjir.

Kredit: msn.com

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas