Connect with us

Oh! Media

“Tidak Lagi Relevan” – Penganalisis Minta Zuraida Rancang Tinggalkan Politik

Oh! Negara

“Tidak Lagi Relevan” – Penganalisis Minta Zuraida Rancang Tinggalkan Politik

Baru-baru ini, Datuk Zuraida Kamaruddin telah dipecat oleh Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana gagal menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti itu pada awal bulan ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Noh Omar, Zuraida Dan Jamal Abdillah Antara 30 Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Berikutan dengan kegagalan dirinya, penganalisis percaya bahawa Zuraida boleh rancang untuk meninggalkan dunia politik buat selama-lamanya.

Tidak relevan

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Mohamad Tawfik Yaakub berkata bahawa pergerakan politik Zuraida telah tamat sebaik sahaja beliau mengkhianati PKR dan Pakatan Harapan (PH) dahulu.

Jadi, bagi saya tak perlulah Zuraida pada masa ini, sama ada untuk menyertai mana-mana parti politik untuk meningkatkan semula kredibiliti beliau atau pun keyakinan mahu pun kepercayaan rakyat kepada beliau kerana ia disebabkan faktor kepercayaan, keyakinan yang sudah hilang dalam kalangan rakyat kepada beliau.

Tawfik juga menganggap bahawa Zuraida dilihat sebagai ‘beban’ bagi mana-mana pihak sekalipun.

Bagi saya, Zuraida tidak perlulah aktif dalam mana-mana parti politik sekalipun kerana beliau akan membebankan parti politik yang disertainya, apatah lagi nak menubuhkan parti politik baru yang  bagi saya sudah tidak lagi mampu nak diterajui oleh Zuraida itu sendiri.

Sebelum ini, Zuraida telah hilang deposit setelah gagal mempertahankan kerusi di Ampang dengan hanya meraih 4,589 undi.

Kredit: Malaysia Kini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas