Connect with us

Oh! Media

Tiada Cadangan Kaji Semula Akta SOSMA, Menteri Dalam Negeri Dikritik MUDA

Oh! Negara

Tiada Cadangan Kaji Semula Akta SOSMA, Menteri Dalam Negeri Dikritik MUDA

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dikritik oleh parti MUDA kerana tiada cadangan untuk menyemak semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau dikenali sebagai Sosma.

ADVERTISEMENT

BACA: Ada Pihak Tidak Setuju 12 Individu Terkait LTTE Diletakkan Dibawah SOSMA!

Naib Presiden MUDA, Zaidel Baharudin mengkritik sikap Saifuddin itu menerusi satu kenyataan pada hari ini.

Tiada beza dengan kerajaan lama

Sebagai info, Sosma merupakan langkah-langkah khas berkaitan kesalahan keselamatan bertujuan untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan.

Menurut Zaidel, Sosma dilihat sebagai ‘undang-undang yang berat sebelah’ walaupun akta itu lebih progresif berbanding ISA.

Sekiranya kita kembali kepada sistem dan takuk yang lama, kelak apa bezanya dengan kerajaan-kerajaan sebelum ini – Zaidel

Selain itu, Zaidel juga berpendapat bahawa Akta Sosma telah memberikan banyak kuasa kepada pihak berkuasa tanpa sebarang semak dan imbang.

Sosma juga membenarkan pihak penguatkuasa memintas komunikasi secara terus tanpa sebarang mekanisme semak dan imbang yang jelas. Saya berpendapat kuasa yang menyeluruh seperti ini membolehkan ianya terdedah kepada penyalahgunaan. – Zaidel

Sebelum ini, Saifuddin memaklumkan bahawa dia tidak berhasrat untuk menyemak semula Sosma pada 13 Disember yang lalu.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas