Connect with us

Oh! Media

“Sedekah Atau Sumbangan, Tetap Rasuah” – SPRM Sedia Siasat Kes Sogok Duit Beli Pengundi

Oh! Politik

“Sedekah Atau Sumbangan, Tetap Rasuah” – SPRM Sedia Siasat Kes Sogok Duit Beli Pengundi

Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu bahawa pihaknya bersedia menyiasat apa sahaja bentuk kes rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Slogan Menentang Rasuah, Perompak, Lanun Hanya Pura-Pura” – Hadi Awang

Azam berkata rasuah tetap rasuah dan hal ini tidak menerima pemikiran seseorang yang memilih untuk menggambarkan ciri-cirinya.

Bukan tafsiran peribadi

Rasuah SPRM - Oh! Media

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang memaklumkan rakaman video pihak mereka menyerahkan wang tunai kepada pengundi adalah kerja amal.

Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak.

Azam juga menegaskan dalam Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, memberitahu bahawa apa jua istilah awam yang digunakan bagi mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

Ke Atas